Laman Utama
Spekulasi Terjawab! Sah, Engku Emran & Noor Nabila Bernikah Hari Ini
Spekulasi berita pernikahan Noor Nabila kakak kepada selebriti popular Neelofa dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin akhirnya terjawab.
Menurut sumber Gempak, pasangan pengantin dinikahkan adik lelaki pengantin perempuan Mohamed Aqief Mohd Noor berwakilwalikan bapa kandungnya sekitar jam 10 pagi tadi (Jumaat).
Kata sumber lagi upacara akad nikah berlangsung di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr.Ismail, Kuala Lumpur dan hanya dihadiri ahli keluarga pasangan tersebut.
Sumber turut mengirimkan foto akad nikah kepada Gempak.
Sementara itu, tinjauan Gempak di media sosial ahli keluarga Noor Nabila mendapati, Ameera Khan turut berkongsi beberapa foto pelamin serta walimatulurus yang tertera nama kakaknya dan Engku Emran di ruangan Insta Story.
Terdahulu Noor Nabila dan Engku Emran masing-masing mengunci mulut apabila ditanya mengenai khabar angina akan melangsungkan pernikahan pada hari ini.
Hubungan mereka dihidu pihak media selepas masing-masing berkongsi foto sering melakukan aktiviti berbasikal bersama di laman sosial Instagram.
Must-Watch Video