Pelakon Spiderman, Tom Holland mengesahkan yang dia tidak menyarung seluar ketika melakukan sidang media secara virtual, baru-baru ini.

Holland mengesahkan perkata berkenaan menerusi satu posting di Instagram Story miliknya.

Menerusi posting itu, Holland dilihat sedang melakukan sedang media secara virtual di sebuah bilik.

Walaubagaimanapun, Holland membuatkan ramai peminatnya tidak keruan apabila hanya memakai kemeja dan sut tanpa sebarang seluar.

“Sidang media virtual seperti….inilah fesyen” katanya.

Difahamkan, sidang media itu bersempena filem terbaru Holland iaitu Cherry yang ditayangkan menerusi Apple TV.

Sementara itu, gaya Holland juga telah menarik perhatian pengarah filem tersebut, Joe Russo untuk menggayakan fesyen tanpa seluar itu.

Terima kasih untuk fesyen tip kamu” kata Joe menerusi satu ciapan di Twitter.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.