Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Spider-Man Tobey Maguire Didakwa Bercinta Dengan Model 20 Tahun, Berdarah Malaysia

Maliah Surip
09/07/2024 12:55 MYT
Peminat Tobey Maguire sedang mencari kebenaran di sebalik beberapa keping gambar aktor tersebut memegang pinggang dan memakai baju warna sedondon dengan seorang model muda.

Berdasarkan gambar yang tersebar di internet, bintang Spider-Man itu dilihat hadir ke sebuah majlis yang dianjurkan oleh seorang hartawan terkenal, Michael Rubin.

Perkara yang menjadi buah mulut tentang hubungan asmara terkini Maguire adalah jurang usia di antara mereka berdua.

Maquire saat ini berusia 49 tahun manakala model bernama Lily Chee baru berusia 20 tahun.

Jika dihitung, jurang usia mereka mencecah 29 tahun. Chee pula hanya tua tiga tahun daripada anak perempuan Maguire, Ruby yang baru berusia 17 tahun.

BERITA TRENDING: Bintang Spider-Man, Tom Holland Nak Kahwin Aktres Zendaya

BERITA TRENDING: Tom Holland Kongsi Pengalaman Berhenti Minum Alkohol: “Keputusan Terbaik Dalam Hidup”





Malah ada dalam kalangan warganet menyifatkan Maguire tidak ubah seperti aktor Leonardo DiCaprio yang suka menjalin hubungan dengan wanita muda.

“Wanita ini (Chee) belum lahir sewaktu Spider-Man ditayangkan,” tulis seorang warganet pula.

Sementara itu Yahoo! melaporkan Chee merupakan seorang graduan daripada Universiti Columbia.

Lahir di Atlanta, bapanya seorang lelaki berdarah China-Malaysia yang berkahwin dengan ibunya, berasal dari Scotland. Dia mempunyai dua adik perempuan iaitu Mabel (18) dan Nuala (15).

Chee yang bakatnya mula dicungkil sejak usia sembilan tahun di sebuah kedai pernah menjayakan kempen bagi jenama terkenal termasuk Valentino, Dior, Ralph Lauren dan Calvin Klein.

BERITA TRENDING: “Hello Peter” - Filem Marvel Paling Epik, Ini 5 Sebab Kenapa Wajib Tonton Spider-Man: No Way Home!

BERITA TRENDING: Nama Dua Anak Malaysia Di Kredit Akhir Filem Spider-Man: No Way Home, Netizen Tumpang Bangga! - “Bakat Lokal Yang Power”

#Viral #Hollywood #Malaysia #Model #Kekasih #Spider-Man #Tobey Maguire