Persiapan anak-anak yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2020 mungkin agak terganggu dan tidak sama dengan pejalar dari tahun sebelumnya apabila pandemik Covid-19 melanda.

Malah sebagai ibu bapa, anda pasti bimbang jika anak-anak ketinggalan dalam pelajaran kerana pergerakan mereka terbatas dan hanya mengikuti pembelajaran secara online di rumah sahaja.

Namun jangan bimbang, kini dengan hanya menonton televisyen menerusi Astro Tutuor TV (Saluran 601 untuk UPSR; Saluran 602 untuk PT3 dan Saluran 603 untuk SPM), anak anda boleh membuat persiapan SPM dengan cara berbeza dan menarik dengan Pelan A+ SPM.

Pelan A+ SPM (Seminar) merupakan program bersiri yang memberikan seminar berdurasi selama dua jam secara percuma. Seminar ini merangkumi subjek-subjek seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

Dengan adanya Astro di rumah, mereka yang terkesan daripada segi pembelajaran secara online boleh menyaksikan Pelan A + SPM (Seminar) menerusi televisyen.

Saksikan Pelan A+ SPM (Seminar) mulai 13 November, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 10 pagi di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603).

Apabila medium pembelajaran dipermudahkan, semangat nak belajar haruslah dipupuk terutamanya bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

Tidak keseorangan, anak-anak anda bakal ditemani bintang-bintang seperti Erissa, Mia Sara dan Wafiy dalam Geng Rajin Belajar. Geng ini bakal menemani pelajar-pelajar ketika sesi ulang kaji agar mereka tidak kesunyian.

Saksikan Geng Rajin Belajar mulai 2-6 November 2020 dari Isnin-Juamaat pada jam 3 petang di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603).

Bagi mereka yang tidak menduduki mana-mana peperiksaan penting pada tahun ini, Astro turut menyediakan seleksi rancangan yang bersesuaian dengan konsep ‘think out of the box’.

Kanak-kanak sekolah rendah boleh menyaksikan Projek Selepas Sekolah yang merupakan sketsa komedi berdasarkan subjek-subjek UPSR seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Rancangan yang dihoskan oleh Wafiy ini berlandaskan pembelajaran yang menyeronokkan terutamanya ketika belajar di rumah. Pelajar-pelajar juga boleh menyertai peraduan Jawab & Menang. Mereka berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai hingga RM10,000.

Saksikan Projek Selepas Sekolah pada 29 Oktober jam 3 petang di Astro Tutor TV (Saluran 601).

Selain daripada pembelajaran formal, anak-anak turut didedahkan kepada konsep ‘hands on learning’ menerusi Sains D.I.Y. Murid-murid sekolah rendah berkesempatan untuk mencuba pelbagai eksperimen Sains yang menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di rumah dengan mudah.

Sekali lagi dihoskan oleh Wafiy, para pelajar turut berpeluang untuk menyertai peraduan Jawab & Menang.

Saksikan Sains D.I.Y pada 30 Oktober jam 3 petang di Tutor TV (Saluran 601).

Jika pelajar-pelajar terlepas mana-mana episod, mereka boleh menonton menerusi On Demand. Bagi mereka yang mempunyai peranti sendiri, mereka turut boleh memuat turun aplikasi Astro GO untuk menyaksikan kesemua episod rancangan-racangan yang diterbitkan khas oleh Astro pada bila-bila masa, di mana jua.

Ibu bapa amat digalakkan untuk berkongsi akaun Astro mereka dengan anak-anak mereka kerana Astro GO boleh distrim pada empat peranti berbeza dengan hanya satu akaun sahaja.

Ibu bapa jua tidak akan ketinggalan. Terdapat pelbagai seleksi program menarik di Astro termasuk sukan antarabangsa, drama-drama Melayu, rancangan variasi dan realiti mahupun filem blokbuster menanti mereka.

Anak boleh belajar dengan senang manakala ibu bapa boleh berehat sambil berhibur betul?