Pelakon Fadlan Hazim telah memuat naik sekeping foto bersama teman wanitanya, model Julie Anne.

Perkongsian itu telah dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.

"Let's flip a coin. Heads, you're mine. Tails, I'm yours @julieannekang," tulis Fadlan.

Namun, foto tersebut menjadi perhatian seorang netizen yang bernama Al Rayyan yang telah meninggalkan komen menyuruh pasangan tersebut berkahwin.

"Apa nak tungggu.. umur dah matang..kahwin..lagi berseri hidup bersama," tulis netizen tersebut.

Fadlan tidak berdiam diri malah terus menjawab.

"Sponsor la wedding kitorang, meh sini bank in duit awak," tulisnya.



Fadlan dan Julie merupakan teman baik sejak dari bangku sekolah dan menjalinkan hubungan selepas bertemu kembali.

Let’s flip a coin. heads, you’re mine. Tails, I’m yours.❤️ @julieannekang

A post shared by Fadlan Hazim (@fadlanhazim) on