Ibu kepada penyanyi Ismail Izzani, Datin Suliza Salam mencuri perhatian wargamaya apabila menunjukkan bakat menari bersama anak-anaknya.

Menerusi laman sosial Instagram, Ismail memuat naik video tarian mereka sekeluarga itu untuk tatapan umum.

“Ini yang terjadi bila saya cabar ibu untuk menari, hahahaha,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

- This is what happens when I challenge my mother to dance ?? AHAHHAHAHAHA @zatizainl @sulizasalam_

A post shared by T W E N T Y (@ismailizzani_) on

Menerusi video berdurasi 20 saat itu, Ismail ditemani kakaknya menari diiringi alunan muzik rancak lalu diikuti oleh ibunya yang berjaya meniru setiap langkah dengan betul.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti teruja melihat bakat tarian ibu pelantun lagu Luar Biasa itu yang sebelum ini tidak diketahui ramai.

“OMG cute gila,” komen penyanyi Azira Shafinaz.



“Keluarga bahagia! Kirim salam pada ibu ya,” kata penyanyi Sufi Rashid.

“Berapa kali take ni hahaha comelnya!” puji seorang wargamaya.

“Sporting bai mak dia! Kalau mak aku ni, dia dah azankan aku,” kata seorang wargamaya.

“Pelik-pelik kau ni Mail,” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 250,000 tontonan daripada warga Instagram.