Sportingnya! Rai Ulang Tahun Kelima Oh!K, Sung Hoon Sanggup Datang Malaysia

Mya Amri
September 26, 2019 14:52 MYT
Pelakon terkenal Korea, Sung Hoon bakal hadir ke Malaysia sempena menyambut ulang tahun ke-5 saluran hiburan Korea kegemaran ramai Oh!K pada Oktober depan.
Sesi beramah mesra dan bertemu peminat akan diadakan disana nanti dan menariknya sudah pasti peminat Sung Hoon dapat bergambar dengannya nanti. Yeaa!
Kehadiran Sung Hoon yang juga merupakan hos rancangan variati I Live Alone ini juga bakal bertemu dengan peminatnya menerusi sesi bertemu peminat yang menawarkan peluang berselfie, sesi hi-touch, pengalaman melakonkan watak dalam drama Korea, tanda tangan dan banyak lagi.
Acara istimewa ini akan berlangsung pada 19 Oktober (Sabtu) bertempat di 1 Utama Shopping Centre bermula jam 5 petang.
Tidak cukup dengan itu, Sung Hoon juga akan muncul dalam acara Facebook Live di laman Facebook Oh!K pada hari yang sama kira-kira jam 1 petang, di mana dia akan berkongsi pengalamannya berada di Malaysia serta menjawab beberapa soalan peminat.
Istimewanya lagi, 300 pelanggan Astro pertama yang tiba di 1 Utama pada jam 1 petang akan berpeluang bawa pulang barangan Sung Hoon edisi terhad.
Pastikan anda membawa bersama bil akaun Astro yang terkini ya!
Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan untuk beramah-mesra bersama Sung Hoon pada 10 Oktober depan di 1 Utama Shopping Centre, jam 5 petang.
Untuk yang ingin mengalami K-experience ini secara eksklusif, sila layari www.ohk-tv.com/birthday.
#Artis Korea #Oh!K #Sung Hoon