gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aqil Zulkiflee Syukur Isteri Hamil Lima Bulan - “Dapat Tahu Ada Baby Pun Lepas Skydiving Dekat Dubai”
HIBURAN
Mimi Lana Tak Ada Masalah Tayang Kemesraan Bersama Syafiq Kyle – “Tak Ada Nak Sorok-Sorok”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Ada Sebab Datuk Syafinaz Selamat Kembalikan Imuniti X Kepada Peserta! - “Saya Rasa Takut Kita Akan...”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

SPRM Beku Akaun Persendirian, Syarikat Vivy Dan Fadza Bernilai Kira-Kira RM1.1 Juta

gempak
Gempak
06/11/2024
14:41 MYT
Sponsor Banner
SPRM Beku Akaun Persendirian, Syarikat Vivy Dan Fadza Bernilai Kira-Kira RM1.1 Juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bernilai kira-kira RM1.1 juta.
Pembekuan itu adalah susulan daripada siasatan dijalankan SPRM terhadap suami isteri tersebut berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Menurut sumber, sejak siasatan dijalankan, SPRM menerusi 'Op Favish' telah membekukan kira-kira 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat di bawah seliaan pasangan suami isteri berkenaan bernilai kira-kira RM1.1 juta bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu FashionValet: 11 Beg Tangan, Seutas Jam Tangan Mewah Disita Dari Kediaman Vivy, Fadza

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Semula Foto Beg & Kasut Mewah Vivy Yusof, Netizen Buat Kira-Kira - “Keseluruhan Jumlah Lebih Kurang RM 1.5 Juta…”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Impressed Dengan Koleksi Beg Tangan Mewah RM136,000 Vivy Yusof - “Kita Mampu Mimpi Je Nak Beli Satu Handbag Ni…”

“Selain itu, SPRM juga telah merakam beberapa keterangan individu penting yang terdiri daripada pegawai kanan Khazanah, PNB, FashionValet, akauntan, penilai syarikat dan 'introducer' (pencadang)” kata sumber tersebut.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pembekuan akaun itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Isnin lalu, SPRM secara serentak telah menyerbu FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah dan PNB serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan yang boleh membantu siasatan.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Vivy Yusof
#SPRM
#Fashion Valet
#Fadza
Must-Watch Video