Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Spy Ke Bersepai?” - Tampil Berlakon Drama Komedi Penyiasatan, Alif Satar, Che Ta & Sham Visa Curi Tumpuan

Azwa Rahman
13/01/2020 09:27 MYT
Selebriti serba boleh Alif Satar mencuri tumpuan wargamaya apabila berlakon sebagai anggota polis dalam sebuah drama komedi penyiasatan terbaru.

Menerusi laman sosial Instagram, Alif memuat naik sekeping foto bersama pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta yang turut berlakon sebagai ibunya.

“Anak polis, mak spy. Spy ke bersepai? Sentiasa nak berlakon drama yang anak-anak saya boleh tonton. Drama #FamilySpy akan datang di saluran Astro Ceria nanti,” tulis Alif sebagai kapsyen.

Anak polis, mak spy? spy ke bersepai?? always wanted to do a drama that my kids can watch! #FamilySpy coming on @astroceria soon!

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on


Apa yang menarik perhatian wargamaya adalah penampilan Che Ta yang berkasut boot tumit tinggi biarpun membawa watak sebagai ejen penyiasatan.

“Boleh ke Che Ta berlari tu?” tanya seorang wargamaya.

“Tengok la boot Che Ta tu, nampak berat. Boleh ke berlari dengan boot tu?” ujar seorang wargamaya.



“Allahu, rela kena tahan dengan polis macam ni!” usik seorang wargmaya.

Istimewanya lagi, filem ini turut menampilkan bintang Gegar Vaganza 2019 Sham Visa yang memegang watak antagonis.

Foto Alif bersama Che Ta sehingga kini telah menerima hampir 50,000 tanda suka daripada wargamaya.

Drama bersiri Family Spy akan disiarkan di saluran Astro Ceria tidak lama lagi.
#Drama #Selebriti #Polis
;