HIBURAN

Squid Game 3 Pecah Rekod, 60 Juta Tayangan Dalam 2 Hari

Maliah Surip 03/07/2025 | 11:48 MYT
Siri sensasi Squid Game musim ketiga sekali lagi memecahkan rekod apabila ditonton sebanyak 60.1 juta jam tayangan dalam tempoh dua hari sejak disiarkan Nexflix.

Menerusi rekod yang dipegang ia menjadikan drama garapan sutradara Hwang Dong Hyuk tersebut sebagai siri nombor satu bukan berbahasa Inggeris dalam carta Top 10 di 93 negara seperti diumumkan Netflix, lapor Variety.

“Kami tidak pernah sangka Squid Game 3 akan menjadi siri nombor satu secara global. Tidak pernah, namun ia terjadi. Ia terjadi pada saat kami hanya memberi fokus terhadap karya lokal sendiri, bekerja dengan orang tempatan dan menyediakan ia untuk tayangan lokal,” ujar Content Chief Netflix Korea Selatan, Don Kang.

Sebagai perbandingan, Squid Game 2 telah meraih tontonan sebanyak 68 juta kali dalam tempoh empat hari pertama ia ditayangkan. Rekod tersebut telah memecah sejarah yang dicipta siri Wednesya dengan 50.1 juta tayangan pada 2022.

Squid Game 3 terdiri daripada enam episod dan menjadi musim dengan jumlah paling sedikit berbanding dua musim sebelumnya.

Di sebalik kejayaan yang diraih, siri ini turut tidak terlepas menerima kritiikan dalam kalangan penonton kerana aksi ganas yang dipaparkan.
#Korea Selatan #Rekod #Squid Game #Hwang Dong Hyuk