Zon Lawak

SS Superstar: Zulin Aziz Tak Sempat Pamer 'Skill' Sebenar

gempak
Ahmad Shah
19/08/2016
19:54 MYT
Sponsor Banner
SS Superstar: Zulin Aziz Tak Sempat Pamer 'Skill' Sebenar
Pelakon Zulin Aziz tidak sempat mempamerkan 'skill' sebenarnya bermain di pentas Super Spontan Superstar (SS Superstar) apabila telah diundi keluar oleh ahli pasukannya (Harimau Hipster).
Sungguhpun Zulin kelihatan tenang ketika namanya dipanggil untuk memadamkan obor SS Superstar, namun ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
Antaranya Afdlin Shauki ketika menemui Zulin selepas tamat program tersebut meluahkan rasa kecewanya kerana tidak sempat melihat pelakon serba boleh itu membawa 'watak' penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza ke pentas SS Superstar.
Selain itu, Ozlyn teman sepasukan Zulin antara yang paling kecewa apabila hos, Datuk AC Mizal mengumumkan nama pelakon serba boleh itu sebagai peserta yang terpaksa meninggalkan pentas SS Supersrar di minggu ketiga.
Malah, Ozlyn sempat meninggalkan komen pada sekeping foto yang dimuat naik Zulin di akaun Instagramnya.
"@zulinaziz, kalaulah imuniti aku boleh bagi pada kau, aku sanggup sebab kau lebih layak terima. Aku sayang kah sahabat. Tahlah hari ni aku rasa emo sangat, aku bangga dengan kau..."
Dalam pada itu, ada di antara peminat dan penonton SS Superstar mendakwa Zulin disabotaj pelakon Amyza Aznan yang juga ahli kumpulan Monyet Mafia di pusingan terakhir.
Rata-rata mereka berpendapat Amyza sepatutnya memberi peluang kepada Zulin bercakap dan beraksi ketika permainan terakhir berlangsung bukannya syok sendiri.
SS Superstar bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada setiap Jumaat bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).
Minggu ketiga SS Superstar menampilkan pelakon Vanidah Imran sebagai komentator undangan bersama Afdlin Shauki.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live