Berita
SSX: Sering Sabotaj Kumpulan Sendiri, Ini Penjelasan Atu Zero
Pelawak Atu Zero mengakui tidak mempunyai niat untuk sabotaj kumpulannya sendiri dalam program Super Spontan Xtravaganza (SSX).
Menurut Atu, sebagai pemain dalam SSX dia mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan penonton dan memohon maaf atas tindakannya itu.
"Betul, sebenarnya itu memang salah saya kerana sering dilihat seolah-olah ingin sabotaj kumpulan sendiri.
"Namun perkara itu bukan dilakukan secara sengaja dan saya tidak berniat untuk menghalang ahli kumpulan saya untuk kembangkan idea mereka lagi.
"Tapi jika ramai menganggap apa yang dilakukan oleh saya adalah salah, saya memohon maaf dan tidak akan lakukannya lagi selepas ini," katanya kepada Gempak.
SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.
Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.
Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.
SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.
Must-Watch Video