Laman Utama

ST12, Hazama & Malam Galau Siap Buat Kejutan, Menangi Hadiah Menarik

Maliah Surip
31/10/2023
14:22 MYT
Seandainya ditanya apa perasaan mereka ketika ini, pastinya jawapan yang diberikan band popular Indonesia, ST12 adalah teruja dan tidak sabar.
Tarikh 10 November 2023 bagi pemain dram ST12, Pepep atau nama sebenarnya, Ilham Febry dan Indra Gunawan atau Indra (bass) cukup istimewa apabila mereka berpeluang untuk kembali beraksi di Kuala Lumpur.
ST12 Live Concert In Kuala Lumpur di Zepp KL kata Pepep, merupakan manifestasi kerjasama penggiat seni serumpun yang lebih jelas apabila menyatukan pengkarya muzik dua negara menerusi kolaborasi bersama Malam Galau.
Pada konsert itu, ST12 tidak hanya menampilkan Aris Idol dan Firman Siagian pada posisi vokalis, malah turut membawakan penyanyi popular Malaysia, Hazama untuk turut sama-sama beraksi.
ST12 sebelum ini menjalin kerjasama dengan Hazama apabila tampil bersama dalam single Harapan Tak Kunjung Usai yang terlebih dahulu dilancarkan di Indonesia pada 5 September lalu.
Lebih istimewa, konsert itu turut menampilkan persembahan pembukaan daripada barisan artis Malam Galau bermula jam 7.30 malam yang bakal mengalunkan lagu ST12, sekali gus menghangatkan lagi suasana di Zepp KL.
"Konsert ini menjadi platform yang membawa semangat serumpun di antara pengkarya muzik Indonesia dan Malaysia. Seni tiada sempadan, justeru saya yakin kolaborasi ini akan mengukuhkan lagi kerjasama dan menaikkan kualiti industri muzik antara dua negara," katanya.
Sedang giat melakukan persiapan menjelang konsert yang berbaki kurang dua minggu, Pepep berkata, mereka menjanjikan sebuah persembahan terbaik yang akan diberikan sepenuh hati.
Akui Pepep, ST12 Live Concert In Kuala Lumpur juga menjadi malam penting untuk meraikan karya terbaik yang pernah menjulang nama mereka seperti Putih-Putih Melati, Cinta Tak Harus Memiliki, Cukup Sampai Di Sini selain Kepingan Hati, hasil kolaborasi bersama Firman.
"Apa yang mampu saya katakan, kami akan memberikan yang terbaik untuk semua yang banyak menyokong perjalanan ST12 sepanjang bertapak dalam industri muzik.
"Kami percaya dengan adanya Firman, Aris yang juga juara Indonesian Idol musim kelima dan Hazama akan memberikan lebih warna pada konsert kali ini. Sudah pasti, kolaborasi ini akan memberikan sesuatu yang segar buat peminat ST12.
"Kami juga berharap dapat menyajikan peminat dengan kualiti persembahan yang memberikan kepuasan buat semua, terutama dari sudut pemilihan lagu yang menjadi nadi kekuatan sesebuah konsert," katanya.
ST12 Live Concert In Kuala Lumpur dibawakan secara eksklusif oleh My Legacy Entertainment Sdn. Bhd. dengan kerjasama Laskhar Entertainment.
Sementara itu, sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan, pembeli tiket berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi pelbagai gimik dan permainan di lokasi konsert, bermula jam 6 petang.
Penonton bertuah bakal membawa pulang pelbagai hadiah ditawarkan EIGER Adventure (EIGER), jenama kelengkapan aktiviti rekreasi dan kembara terulung dari Indonesia yang semakin kukuh melebarkan pengaruhnya di luar negara.
EIGER bakal melancarkan toko keduanya di luar Indonesia menerusi pembukaan rangkaian terbaru di MyTOWN, Jalan Cochcrane, Kuala Lumpur, Disember ini selepas kejayaan toko luar pertama di Interlaken, Switzerland.
Segera dapatkan tiket ST12 Live Concert In Kuala Lumpur menerusi pautan: http://www.ticket2u.com.my/st12 untuk berhibur di samping memenangi pelbagai hadiah istimewa yang ditawarkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Viral

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

gempak
24/07/2024
00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Viral

Penceramah Dakwa Boleh Bercakap Dengan Semut Mohon Maaf

gempak
22/07/2024
13:50 MYT
Seorang penceramah agama yang berasal dari Jawa Barat tampil memohon maaf selepas ceramah yang disampaikannya mengundang kontroversi.
Hiburan

Rossa Sudah Siapkan Surat Wasiat Kematian: “Supaya Keluarga Yang Masih Hidup…”

gempak
19/07/2024
11:55 MYT
Penyanyi Rossa mengaku sudah menyiapkan wasiat yang selalu diperbaharui buat seluruh ahli keluarganya yang terdekat.