Stacy, Akim Sekeluarga Sedondon Merah Di Majlis Aqiqah Eshaal

Syafiqah Jalal
Mei 21, 2017 01:27 MYT
Sambutan majlis aqiqah bayi kepada pasangan Stacy dan Akim Ahmad diadakan dengan meriah semalam.
Pasangan tersebut kelihatan ceria sedondon dengan busana merah bersama bayi yang diraikan iaitu Eshaal.
Eshaal juga kelihatan sangat comel dengan gaun merah pada majlis tersebut.
Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, melahirkan bayi perempuan seberat 2.97 kilogram berkenaan di sebuah hospital swasta di ibu kota pada Februari lalu
Stacy turut mempunyai seorang anak angkat sebelum ini bernama Bella dengan panggilan manja Beyya yang kini berusia lima tahun.
Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis aqigah tersebut berlangsung:
#Penyanyi #Stacy #Penyanyi #Akim