Penyanyi Akim Ahmad atau Akim mengakui lebih mengidam berbanding isterinya, Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, yang kini hamil lima bulan.
Akim atau nama sebenarnya Afiq Akim Ahmad, 25, berkata, dia sebenarnya banyak mengidam pelbagai jenis makanan yang hendak dimakan berbanding dengan isterinya.
"Sebenarnya yang banyak mengidam itu adalah saya kerana kadang-kadang saya menginginkan pelbagai jenis makanan untuk dimakan berbanding dengan Stacy yang tidak kisah untuk memakan apa saja jenis makanan.
"Stacy pun mengikut saja apa yang saya mahu makan sehinggakan dia bertanyakan kepada saya, siapa yang sebenarnya mengandung," katanya kepada Astro Gempak.
Akim mengakui Stacy mengalami perubahan sikap sejak mengandung dan dia tidak menghalang sekiranya isterinya ingin terus bekerja sepanjang tempoh kehamilan ini kerana sedar bahawa hati seorang ibu mengandung amat sensitif.
"Saya sendiri tidak menghalang sekiranya Stacy masih mahu menyanyi dan bekerja ketika mengandung ini kerana tidak mahu Stacy berasa tertekan kalau saya halang dia buat apa yang dia suka.
“Semua orang tahu, hati seorang wanita yang sedang hamil sangat sensitif dan perkara kecil pun boleh buat dia sedih atau tertekan. Jadi, saya perlu menjaga hatinya supaya dia tidak tertekan mahupun terasa dengan perbuatan saya,” jelasnya.
Dalam menjaga hati isteri, menurut Akim, dia harus menjadi seorang yang sabar dan lebih tenang dalam menangani keadaan emosi isterinya yang sering tidak menentu.
Sementara itu, ditanya mengenai jantina anak yang dikandungkan oleh Stacy, Akim berkata, mereka masih belum mengetahui jantina anak mereka meskipun kandungan isterinya telah menjangkau usia lima bulan.
"Sebenarnya ketika usia kandungan Stacy masuk tiga bulan sudah boleh nampak namun bila kami melakukan scan pun tidak nampak juga walaupun kandungannya kini sudah mencecah lima bulan.
"Mungkin bulan ke tujuh atau lapan baru kami akan cuba melakukan scan kembali dan ketika itu kami boleh mengetahui jantina anak itu nanti," katanya.
Akim dan Stacy sah bergelar suami isteri pada 5 Februari lalu dalam majlis yang berlangsung di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat, Bella Valentina, 5.
Ahmad Shah
Thu Oct 06 2016
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.