Hiburan

Stacy Nafi ‘Menyala’ Menyindir Mana-Mana Pihak - “Saya Okay Sahaja Bila orang Luar Ingin Buat….”

gempak
Ainun
06/12/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Stacy Nafi ‘Menyala’ Menyindir Mana-Mana Pihak - “Saya Okay Sahaja Bila orang Luar Ingin Buat….”
Penyanyi, Stacy menafikan lagu terbaharunya yang berjudul Menyala itu menyindir mana-mana pihak.
Menurut Stacy meskipun lagu tersebut mempunyai elemen etnik negeri kelahirannya dalam muzik video namun ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan isu pengunduran diri daripada konsert A Night With Sumandak Star November lalu.
Jelas Stacy atau nama lengkapnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34,lagu tersebut sudah lama dirakamkan.
“Sebenarnya lagu ini sudah dihasilkan sebelum kontroversi itu lagi. Lagu ini dibuat selepas tamat rancangan The Hardest Singing Show sekitar bulan Jun atau Julai.

“Macam saya katakan tadi, saya sudah terbiasa lagu-lagu saya sudah ada elemen Sabah itu sendiri dan kalau pun mereka nak rasa sebegitu, saya rasa itu adalah sebahagian dari penceritaan dimana ada baik dan ada yang buruknya.

“Jadi, saya hanya positif apa sahaja yang datang. Jadi, itulah hiburan. Saya hanya okay sahaja bila orang luar ingin membuat spekulasi tersendiri. Yang penting, kita terus maju kehadapan,” katanya kepada Gempak.
Stacy ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya, Menyala di Hotel Courthyard, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pada masa yang sama, penyanyi lincah itu turut menegaskan sejak pembabitannya dalam dunia industri ini, dia sudah lama suntikkan elemen etnik Sabah dalam setiap karyanya sejak tahun 2009.
“Kalau perasan saya sejak 2009, saya keluarkan lagu yang berjudul Pakai Buang. Pada ketika itu, saya sudah masukkan signature iaitu perkataan Bah di belakang.
“Jadi, benda benda ini bukanlah sesuatu yang baru untuk saya dimana saya selitkan budaya saya sendiri termasuklah lagu saya Kasanova. Saya selitkan tarian Sumazau dalam lagu tersebut,” jelasnya.
Tambahnya, dia berasa selesa dengan penggayaan yang dibawa kerana bagi Stacy, itu adalah identiti yang mampu membezakan dirinya daripada orang lain.

“Saya selesa sebab saya rasa itu adalah diri saya yang sebenar. Itulah yang membezakan saya dengan orang lain.

“Mungkin ada juga cara mereka sendiri untuk tunjukkan elemen sabah itu sendiri tapi untuk genre tarian dan rock itu membuatkan saya suka kerana ada karakter original saya sendiri,” kongsinya.

BERITA TRENDING: Video Gus Miftah Tarik & Tepuk Badan Penjual Air Teh Buat Netizen Berang - “Kasar Sama Orang Tua, Tiada Adab!”

BERITA TRENDING: Kes Abai Zayn Rayyan: AGC Tolak Permohonan Ibu Bapa Semak Pertuduhan

BERITA TRENDING: Hanya Beri Roti Kepada Mangsa Banjir, Pempengaruh Tampil Perjelas - “Orang Bagi Apa Pun Bersyukur, Bukan Nak Suruh Sanjung…”

BERITA TRENDING: Intan ‘Andai Tiada Dia’ Ada Fibroid, Ini Perkongsian Dr. Izzar Mengenai Ketumbuhan Dikenali Sebagai ‘Leiomyoma’

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024