Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

Khairil Khusyairi
19/10/2024 00:50 MYT
Penyanyi Stacy tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada November depan.

Stacy Tak Terlibat

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak pengurusan, Rythm and Ryhme Entertainment pada Jumaat.

Malah, pihak pengurusan pelantun lagu Pelangi Senja itu turut memaklumkan keputusan tersebut dibuat atas perkara yang tidak diperincikan.

“Kami dari pihak pengurusan dengan rendah diri ingin memaklumkan bahawa Stacy tidak akan terlibat dalam Konsert Sumandak Stars atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat diperincikan.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesultan yang timbul dan menghargai pemahaman anda,” tulisnya dalam satu kenyataan.

Peminat Luah Rasa Kecewa

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa dengan keputusan tersebut kerana ada antaranya yang sudah membuat pembelian tiket demi menonton persembahan Stacy.

"Nasib tak beli lagi tiket..i kalau beli, sebab Stacy je," komen peminat.

"Jujur cakap beli ticket untuk tengok Stacy je," tulis peminat kecewa.

"Sedihlah," komen peminat lain.

Terdahulu, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa teruja apabila bakal mengadakan konsert yang menggabungkan barisan penyanyi asal Sabah.

Konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku menggabungkan barisan penyanyi popular Malaysia yang berasal dari ‘Negeri di Bawah Bayu’ iaitu Bella Astillah, Marsha Milan, Stacy Anam, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Wani Kayrie dan Didi Astillah yang bakal diadakan pada 30 November depan di Zepp Kuala Lumpur.

#Penyanyi #Konsert #Stacy #Bella Astillah #Adira #Didi Astillah #Wani Kayrie #Marsha Milan #Nikki Palikat #Sumandak Stars #Tak Terlibat
;