Laman Utama

Staff Ada Group WhatsApp Berbeza Itu Normal, Majikan Tak Perlu Rasa Terkilan - “Penting Untuk Mereka Rasa Bebas”

gempak
Mya Amri
25/11/2023
09:00 MYT
Sponsor Banner
Staff Ada Group WhatsApp Berbeza Itu Normal, Majikan Tak Perlu Rasa Terkilan - “Penting Untuk Mereka Rasa Bebas”
Majikan tidak perlulah mempunyai rasa tersinggung sekiranya pekerja memilih untuk mempunyai group WhatsApp berasingan sebagai tempat berkomunikasi secara santai tanpa pemantauan ‘boss’.
Perkara itu juga turut dipersetujui oleh Public Health Malaysia yang menyatakan ruangan itu penting bagi memastikan kesihatan mental pekerja terjamin.
“Majikan tidak perlu terasa hati sekiranya pekerja mempunyai group WhatsApp berasingan untuk mereka meluahkan perasaan tanpa sebarang sekatan dan berkomunikasi secara santai.
“Adalah normal untuk pekerja ada Whatsapp group yang berasingan dengan majikan/ ketua. Itu adalah ruang untuk mereka ventilate, meluahkan perasaan tanpa rasa sekatan dan berkomunikasi secara santai.
“Ia penting untuk kesihatan mental mereka untuk ada ruang bebas untuk berkomunikasi dan ventilate antara satu sama lain. Group dengan majikan/ketua biarlah dengan urusan kerja yang rasmi.
“Oleh itu, ketua tidak perlu rasa marah/ terkilan atau tersinggung apabila mengetahui pekerja ada ruang komunikasi berasingan dengan anda. Itu adalah normal dan anda tidak perlu ambil tahu.
“Teruskan menjadi ketua yang profesional, rendah diri dan saling menghormati,” tulis Public Health Malaysia dalam satu hantaran terbaharu.
Sementara itu, di ruangan komen juga rata-rata netizen bersetuju dengan hantaran tersebut.
Sehingga kini hantaran itu telah menerima lebih 6,000 perkongsian dan hampir 3,000 komen.
Terdahulu, tular di media sosial apabila peniaga makanan popular, Kieda Crepe mengarahkan seramai 12 orang pekerjanya meletakkan jawatan kerana didakwa mencetuskan aura negatif di tempat kerja.
Perkara itu dilakukan kerana pekerjanya dikatakan membuat group chat dan mengutuk Kieda secara bertubi-tubi.
Bagaimanapun Kieda tidak mendedahkan secara terperinci tentang kandungan perbualan di dalam kumpulan WhatsApp yang didakwanya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live