Staff Kena Marah Sebab Beri Keutamaan Pada Wanita Hamil, Cef Ammar Naik Hantu! “Makin Bodoh Some Malaysian” - Netizen
Izwan Isa
14/04/2022 02:50 MYT
14/04/2022 02:50 MYT
Kisah Cef Ammar dan nasi arab jualannya masih lagi basah meniti di bibir netizen. Tidak cukup dengan isu harga yang dikenakan dibincangkan sebagai terlalu mahal, malah Cef Ammar terpaksa pula berdepan dengan pengguna yang memberi cadangan untuk tidak menjual nasi arab lebih daripada 10 bungkus kepada seorang pelanggan.
Kedua-dua isu ini mendapat sorotan yang cukup besar dalam kalangan netizen, terutama penggemar makanan dan pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam dan USJ4.
Dan sekali lagi, nama Cef Ammar viral di media sosial apabila seorang pelanggan dikatakan memahari kakitangan gerai di bazar Ramadan apabila memberi keutamaan kepada wanita mengandung untuk membeli makanan jualannya.
Seorang pelanggan yang sempat merakam insiden Cef Ammar naik hantu memuat naik video tersebut di TikTok dengan kapsyen: “Ada customer biadap marah staff Cef Ammar sebab beri keutamaan kepada wanita mengandung. Kesian staff tu. Terbaik Cef Ammar, kasi ajar sikit orang biadap,” tulisnya.
Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran Cef Ammar mempertahankan pendiriannya tentang keutamaan yang diberikan oleh mana-mana tempat kepada wanita yang sedang hamil.
Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, ramai yang meluahkan rasa kecewa terhadap insiden yang berlaku. Rata-rata melahirkan rasa kasihan terhadap Cef Amar kerana terpaksa berdepan dengan karenah aneh orang awam.
“Kesianlah aku dengan Cef Ammar ni. Macam-macam karenah nak hadap.yang tak boleh beratur lama-lama, yang jenis complaint nasi mahal, yang ni pulak jenis tak sabar sampai takda empathy. Pelik aku, bulan-bulan puasa ni keluar habis perangai setan ek?” tulis seorang pengguna Twitter.
“Asal makin bodoh eh some Malaysians? Takda nilai sympathy ke? Aku tak nak ambil port hal ni tapi makin lama makin macam bodoh je perangai some Malaysians ni… haih sedih,” luah seorang netizen.
Dalam masa yang sama, ada juga yang mencadangkan supaya Cef Ammar berniaga di kawasan lain pada tahun akan datang.
“Next year bulan Ramadan Cef Ammar kena cari tapak berniaga tempat lainlah, tak pun luar negeri Selangor pun takpa juga sebab makin kurang ajar dah orang kita ni adab langsung tak ada. Pleaselah respect orang bulan-bulan puasa ni… orang tu penat-penat masak nak menjual korang boleh maki lagi ada lah,” katanya.
BACA: “Sedap! Dia Guna Bahan Berkualiti Tau, Makan Pun Puas Hati” - Didakwa Harga Mahal, Netizen Backup Ceef Ammar
BACA: “Lebih 10 Tak Boleh” - Terpaksa Beratur Panjang, Ada Yang Rayu Cef Ammar Hadkan Jualan? Bimbang Kalau…

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.