Platform perniagaan, Star Vendors kini kembali lagi dengan mengadakan festival jualan Mega Fest 2019 dan 2020 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors yang juga merupakan penyanyi Ifa Raziah, festival tersebut bertujuan untuk menarik pengusaha dan usahawan tempatan bersama-sama menjalinkan kerjasama memperkenalkan hasil perniagaan selain memberi peluang perniagaan kepada mereka.

“Kejayaan StarVendors baru baru ini terserlah apabila menerima banyak tajaan daripada penaja penaja yang meletakkan keyakinan tinggi terhadap pengurusan Star Vendors dalam menjayakan Mega Fest sehingga mendapat sambutan hangat dari seluruh pelusuk negara.

“Sambutan dikalangan artis dalam memperkenalkan produk atau hasil jualan masing masing juga telah membuahkan hasil apabila penyertaan baru baru ini adalah di luar dugaan.

“Berdasarkan rekod dan kejayaan pengalaman kami melaksanakan Mega Fest baru baru ini, dengan ini sekali lagi akan menjelajah ke seluruh tanah air dalam misi menjayakan Mega Fest 2019 dan 2020 dengan pengisian yang lebih menarik dan pastinya akan menarik minat lebih ramai pengunjung, peniaga dan usahawan yang ingin bekerjasama dengan Star Vendors,” katanya ketika ditemui Gempak.

Mengaku mempunyai pesaing dalam bidang perniagaan, Ifa bagaimanapun melihat perkara itu sebagai sesuatu yang positif.

“Saya akui memang terdapat pesaing pesaing dalam merebut peluang dan tawaran untuk mengadakan acara sebegini tetapi kami melihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif dan sihat.

“Kerana dengan adanya persaingan ianya membantu kami supaya menjadi lebih baik dikalangan pesaing-pesaing kami.

“Tidak ada rasa gentar malah saya mengalu-alukan penyertaan mana-mana pihak yang dapat menampilkan mutu dan kualiti terbaik dalam mengendalikan acara sebegini.

“Dengan ini saya menjemput mana-mana usahawan untuk bersama-sama dengan kami dalam memeriahkan lagi festival ini.

“Kami berjanji akan melakukan yang terbaik dalam menjayakan acara ini dan menunggu penyertaan dari mereka yang berminat untuk turut serta bersama sama di Star Vendors dengan menghubungi pihak kami dengan segera,” jelasnya.

Berikut merupakan lokasi dan tarikh Star Vendors Mega Fest 2019 & 2020 bakal berlangsung tidak lama lagi.

Johor Bharu
Persada Johor Bharu
29, 30 November dan 1 Desember 2019 / 8, 9, 10 Mei 2020 / 4, 5, 6 Disember 2020


Pahang
Sultan Ahmad Shah International Convention Center, Kuantan
28, 29 Februari dan 1 Mac 2020

Kedah
TH Hotel, Alor Setar
1, 2, 3 Mei 2020

Kuala Lumpur
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
15, 16 dan 17 Mei 2020