Hiburan

Status Diri Jadi Persoalan, Gambar Kahwin Dengan Pelakon Wanita Viral! Saiful Apek; "Saya Bukan Duda Tapi Nanti Saya Akan Umumkan Sesuatu"

gempak
Amri Hassan
23/11/2020
08:20 MYT
Sponsor Banner
Status Diri Jadi Persoalan, Gambar Kahwin Dengan Pelakon Wanita Viral! Saiful Apek; "Saya Bukan Duda Tapi Nanti Saya Akan Umumkan Sesuatu"
Pelakon dan pelawak Saiful Apek masih nekad untuk mengunci mulut perihal khabar angin yang mendakwanya sudah berkahwin dengan seorang pelakon wanita sekitar September lalu.
BACA: Bernikah Dengan Sabrina Ali, Ini Jawapan Saiful Apek
BACA: Muat Naik Foto Seakan Selamat Bernikah, Saiful Apek & Sabrina Ali Khan Cetus Tanda Tanya
Kata Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 51, pendiriannya itu demi menghormati dan menjaga hati pihak lain.
"Rasanya tak perlukan kesahihan apa-apa, saya sudah maklumkan akan beritahu kelak untuk kepastian. Buat masa sekarang saya tak boleh berikan sebarang kepastian lagi dan apa yang kami post di Instagram itulah yang boleh kami katakan.
"Saya tak boleh cakap lebih-lebih... Bukannya berahsia tetapi apa yang saya beritahu itu bukannya samar-samar pun tetapi saya nak menjaga hati pihak-pihak tertentu.
"Atas sebab itu juga saya menghormati dan saya minta doakan yang baik-baik. Insya-Allah dalam tahun ini juga saya akan beritahu (perkara sebenar)," katanya kepada Gempak.
Spekulasi mulai tercetus sejak September lalu apabila Saiful dan pelakon wanita terbabit berkongsi foto memakai baju sedondon di Instagram masing-masing.
Peminat yang teruja dengan kemaskini terbabit menulis ucapan tahniah dan menunggu penjelasan selanjutnya daripada mereka.
Namun, ada juga yang beranggapan foto terbabit sebahagian daripada gimik daripada naskhah terbaharu lakonan mereka berdua.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai situasi rumah tangga Apek bersama isterinya, Roslina Abu Hassan, jelas anggota kumpulan Senario itu mereka masih bersama.
"Sebelum ini beberapa tahun lepas pernah tercetus katanya saya sudah berpisah dan tinggal berasingan, tapi itu semua fitnah dan tak benar! Status saya bukan duda, saya masih berkahwin.
"Jadi, mana-mana yang orang dengar tentang perpisahan itu sama sekali tidak benar.
"Nasihat saya bertanggungjawablah atas kata-kata masing-masing. Amalan paling mudah ialah memuliakan sesama manusia tak kira bangsa dan agama.
"Yang penting kita husnuzon dan istiqamah mendoakan yang baik-baik. Jadi berhati-hatilah dengan kata-kata," tambah Apek.
Apek dan Roslina berkahwin pada Jun 1994 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohd Riyadh Aslam, 24, dan Mohd Radzin Aiman, 22.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024