Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 3,847 kes baharu yang terdiri daripada 3,843 kes tempatan dan 4 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. .

Jumlah tersebut menjadikan kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 238, 721 kes.

Bagaimanapun jumlah kes sembuh setakat hari ini mencatat bilangan sebanyak 1,692 namun, 12 pesakit maut setakat ini.

Sementara itu 305 kes melibatkan pesakit yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU dan 139 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Mengenai penularan jangkitan COVID-19 mengikut negeri, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 1,481 kes dan diikuti Johor (585) Kuala Lumpur (402) dan Sabah (233).

Melaka juga menunjukkan peningkatan kes positif apabila dilaporkan sebanyak 329 kes hari ini berbanding 141 kes semalam.