“Stay Safe People” - Lepas Seminggu Adakan Majlis Hari Jadi, Usain Bolt Positif COVID-19

Mya Amri
Ogos 25, 2020 11:15 MYT
Jaguh pecut dunia, Usain Bolt disahkan positif COVID-19 selepas seminggu mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-34.
Berita itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan Jamaica pada Isnin.
Menerusi laman sosial Facebook dan Twitternya, Bold memberitahu sebagai langkah keselamatan dia kini menjalani proses kuarantin di rumahnya.
Bold juga menyatakan telah melakukan ujian saringan sehari selepas sambutan ulang tahunnya.
"Demi keselamatan, saya menjalani kuarantin kendiri dan berehat," katanya menerusi satu video pendek yang dimuat naik.
Tambah Bold lagi, dia tidak mengalami sebarang gejala wabak tersebut, termasuk masalah pernafasan.
Terdahulu, difahamkan majlis berkenaan dihadiri ramai tetamu yang tidak memenuhi piawaian ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), termasuklah tidak memakai pelitup muka.
Sumber: espn.com
#Usain Bolt