Suasana pusat membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau, Penampang menjadi heboh apabila didatangi oleh salah seorang 'anggota Power Rangers'.

Berpakaian dengan salah satu kostum karakter Power Rangers iaitu White Rangers, ternyata individu itu hadir bukan untuk membuat penggambaran, tetapi adalah untuk menunaikan tanggungjawabnya membuang undi.

Foto White Rangers yang mencuri tumpuan ramai itu menjadi tular di beberapa platform media sosial termasuk perkongsian di aplikasi WhatsApp berdasarkan perkongsian oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



Sementara itu memetik Astro Awani, setakat pagi ini, SPR memaklumkan sebanyak 32 peratus penduduk telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka bagi memberi mandat terhadap siapa yang bakal meneraju negeri di bawah bayu itu.

Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh turut menyeru orang ramai keluar menunaikan tanggungjawab itu selain turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Proses PRN Sabah akan tamat pada jam 5 petang sebelum keputusan bakal dibuat oleh pihak SPR yang dijangka pada malam ini.

Twitter: @ijat_tuittuit

Kredit Foto: Petugas SPR di SMK Tansau, Penampang