,
Hiburan

"Steady YB Teman Gemor Bebenor" - Menteri Besar Perak Buat Kejutan Dengan Lagu Moh Beraya...Netizen Suka Chor!

Hanafis Haris
21/05/2020
05:30 MYT
Negeri Perak muncul dengan kelainan apabila buat julung kalinya menampilkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam lagu raya terbaru Moh Beraya.
Video klip lagu berkenaan telah pun mula dimuat naik kelmarin di YouTube MVM Music.
Tambah hebat, lagu tersebut turut menampilkan penyanyi Shiha Zikir dan Datuk Jamal Abdilah.
Namun apa yang lebih menariknya adalah penampilan Ahmad Faizal sendiri yang muncul di awal dan akhir lagu berkenaan.
Selain itu muzik video yang dihasilkan juga cukup unik apabila muncul dalam bentuk animasi.
Beberapa lokasi pelancongan menarik di Perak juga turut diselitkan.
Biarpun lagunya seakan mengajak orang ramai pulang ke kampung, namun ia tetap mempunyai 'plot twist' di hujungnya, sesuai dengan situasi orang ramai yang berdepan dengan pandemik COVID-19.
Nak tahu apa? Anda boleh tonton muzik video tersebut di bawah.
Sementara itu menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya memuji melodi lagu tersebut.
Malah, tidak kurang juga yang menyifatkan pemilihan Shiha Zikir dan Jamal Abdilah sebagai sangat tepat.
Sehingga artikel ini ditulis, muzik video tersebut telah ditonton sebanyak 92,000 kali dan berada di kedudukan ke-8 sebagai video paling trending.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Datuk Latif Romly Bawa Pulang Pingat Perak

gempak
08/09/2024
00:02 MYT
Hasrat untuk melihat atlet olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly untuk terus 'terbang tinggi' mempertahankan pingat emas dalam saingan lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila dia hanya memperoleh perak sebentar tadi.
Hiburan

Zaki Yamani Ada Sebab Rahsiakan Result SPM - “Ayah Tak Duduk Sekali, Jadi Tak Rasa Nak Luah Pada Dia”

gempak
20/08/2024
12:55 MYT
Penyanyi Zaki Yamani memaklumkan dia mempunyai alasan sendiri mengapa merahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehnya baru-baru ini.
Sukan

Sukma Sarawak 2024: Bakal Duduki SPM Hujung Tahun, Atlet Perak Ini Tetap Cemerlang Dalam Sukan – “Saya Harap Dapat Keputusan Straight A”

gempak
20/08/2024
12:25 MYT
Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seorang atlet daripada segi masa dan tenaga serta pembahagian waktu pembelajaran akademik selain sukan juga perlu diutamakan.
Berita

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Mati Selepas Hilang Sejak Jumaat

gempak
18/08/2024
07:25 MYT
Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ditemui mati di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Perak pada Sabtu lalu.