Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Stesen Radio Era Cari Pasangan Duo Untuk Kak Lina Pom Pom

Asyraf Roslan
26/09/2024 07:27 MYT

Stesen Radio ERA Stesen No 1 Paling Legit! sedang mencari bakat baru untuk menjadi pasangan DUO Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom.

Pencarian ini merupakan julung kali diadakan bagi memeriahkan lagi karier nyanyian Kak Lina selain dia aktif menjadi penyampai radio ERA dan juga hos TV.

Pengurus Saluran ERA Azah Sahrin berkata pencarian tersebut terbuka kepada semua peserta berusia 18 tahun ke atas.

Mereka boleh menghantar penyertaan dengan memuat naik video nyanyian masing-masing berserta dengan tanda pagar #duokepomera di semua platform media sosial rasmi ERA seperti Tiktok dan Instagram.

“Pencarian bakat baru bersama Kak Kepom adalah hasil kerjasama dengan syarikat rakaman muzik iaitu Warner Music.

Peserta terpilih bakal merakam lagu baru bersama Kak Lina dan juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000.

“Kesemua peserta terpilih juga akan dihimpunkan dalam satu Showcase Khas pada Oktober nanti dan akan diadili oleh juri professional.

“Mereka akan bertanding dan menyanyi mengikut kreativiti tersendiri sehingga menambat hati juri dan juga Kak Lina.

“Kepada mereka yang berminat, lekas hantar penyertaaan anda dan ERA akan pilih yang terbaik untuk Duo Kepom ERA,” katanya kepada Gempak.

Kak Lina merupakan penyampai radio ERA untuk kendalikan segmen Carta ERA 40 bersiaran pada hari Sabtu jam 3 petang hingga 6 petang. Manakala siaran ulangan pula bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Untuk mengetahui aktiviti dan berita terkini boleh layari laman sosial rasmi ERA

#Kak Lina Pom Pom #Radio Era #Pasangan Duo
;