Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Stop Bagi Kucing Anda Makan Roti!

Izwan Isa
18/10/2023 13:20 MYT

Baru-baru ini tular satu kaedah untuk menjadikan haiwan peliharaan kucing lebih berisi dan sedikit montel.

Menurut tips yang didedahkan itu, orang ramai hanya perlu mengaul roti dengan ikan sebelum diberikan kepada kucing.

Kaedah tersebut dikatakan bakal menjadikan kucing lebih sihat dan berisi.

Namun, perkara itu kemudian tidak dipersetujui oleh seorang doktor di Twitter.

Menerusi satu postingnya semalam, doktor tersebut memberitahu tindakan itu sebenarnya tidak tepat.

“Miau (kucing) ni dah obesiti dah ni.

“Miau kalau obes, mudah dapat kencing manis, keradangan sendi, sakit jantung, masalah hati dan lain-lain. Kasihan miau”

“Kucing adalah haiwan ‘obligate carnivore’, maksudnya fisiologi hakiki dia, adalah pemakan daging.

“Ia tak patut makan karbo (roti/nasi) sebab dia tak ada enzim amilase dalam air liur dia. Jadi ia sukar hadam karbo,” katanya.

Jelasnya, sekiranya kerap mengambil karbo, ia akan jejaskan kesihatan kucing.

“Sikit-sikit tak apalah. Dia kena makan protein! Itu makanan ruji hakiki seekor kucing.

“Apapun, jangan jadikan kucing peliharaan kita obes!

“Kita nak kucing yang tegap dan aktif! Bukan montel dan malas,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen kelihatan agak terkejut dengan pendedahhan tersebut.

Kebanyakan mereka mendakwa kerap memberikan kucing makanan yang mempunyai karbohidrat tinggi.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Kucing #Bahaya #Roti
;