“Stop Grooming Children! Stop Pedofile Bang**t” - Peguam Dedah Kisah Ada Pakcik Mahu Nikah Anak Buah Sendiri
Mya Amri
12/09/2024 16:00 MYT
12/09/2024 16:00 MYT
Seorang peguam berkongsi pengalamannya bertemu dengan individu yang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anak saudaranya sendiri.
Kahwin anak saudara
Menurut peguam yang dikenali sebagai Hasanah Johari, kedua-dua pasangan itu hadir untuk mendapatkan konsultasi kerana keluarga tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka.
Remaja yang hadir itu berusia 18 tahun manakala pakciknya pula berumur 37 tahun.
“Datang satu pasangan perempuan (18 tahun) dan lelaki (37 tahun) minta nasihat dan konsultasi untuk poligami sebab keluarga tak setuju mereka bernikah.
“Kami terangkan prosedurnya lalu pertanyaan diutarakan ‘kenapa keluarga tak setuju kamu berdua bernikah?’ Sebab lelaki ini pakcik (adik kandung mak) saya.
undefined
Terdahulu, pelakon Diana Danielle dan Uyaina Arshad juga lantang bersuara mengenai isu berkaitan seorang pemandu bas berusia 24 tahun yang dilabel sebagai pedofilia dek kerana kontennya yang menjurus ke arah seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.
Imbas kembali, pemandu bas berkenaan telah pun ditahan di Simpang Renggam pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dihubungi Gempak berkata, lelaki berkenaan ditahan polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang, kira-kira pukul 2.57 pagi, Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Kutuk Ke, Cakap Saya Terpaling Tahu Ke, Silakan” - Teruk Dikecam Bersuara Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Tetap Mahu Sebar Kesedaran Tentang Pedofilia
ARTIKEL BERKAITAN:Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai” - Diana Danielle Puas Hati Abang Bas Sekolah Ditangkap
ARTIKEL BERKAITAN:Abang Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Menangis Didakwa
Kumar berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seskyen 15 (a) (iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak 2001.
Sebelum itu, tular beberapa video yang memaparkan seorang pemandu bas yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, merakam beberapa murid sekolah perempuan yang dianggap pemandu bas tersebut sebagai 'crush' atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.
Kesemua video yang dirakam sambil memandu itu memaparkan wajah murid-murid tersebut dengan jelas.