Laman Utama

Stop Lambung, Goncang Bayi! Ini Sebabnya...

gempak
Izwan Isa
20/10/2023
10:20 MYT
Sponsor Banner
Stop Lambung, Goncang Bayi! Ini Sebabnya...

Sering kita lihat ada segelintir ibu bapa yang gemar melakukan perbuatan melambung anak sebagai salah satu cara untuk bermain dengan anak-anak.

Lambung tinggi-tinggi kemudian tangkap, anak pula ketawa sebagai tanda suka, betul tak?

Tetapi tahukan anda sebenarnya perbuatan ini mengundang bahaya lebih-lebih lagi kepada bayi.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia di Facebook rasminya, tindakan itu boleh menyebabkan kecederaan yang serius.

“Tahukah anda, perbuatan seperti melambung bayi, menggocang bayi dan senaman akrobatik bayi adalah sangat bahaya.

“Bayi mempunyai otak yang lembut dan otot leher yang lemah. Bayi juga mempunyai salur darah yang sangat halus.

“Menggoncang bayi atau kanak-kanak kecil boleh menyebabkan otak menghenntak dinding tengkorak dan menyebabkan salur darah terkoyak, pendarahan dan otak membengkak.

“Kesan lain adalah seperti patah tulang belakang, leher, dan juga kerosakan pada mata.

“Shaken baby syndrome (SBS) kerap berlaku pada bayi berumur bawah 2 tahun. Namun ianya boleh berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun.

“Kebanyakan kes berlaku pada umur 6 -8 minggu dimana bayi kerap menangis. Penjaga yang stress akibat bayi yang kerap menangis atau untuk melepaskan geram adalah contoh paling kerap mengapa bayi digoncang.

“Ada juga menggocang bayi kerana aktiviti fizikal yang kononnya memberikan senaman kepada bayi.

“Anda tidak sepatutnya menggoncang bayi dalam apa jua keadaan. SBS adalah satu perkara yang serius dan boleh dikategorikan sebagai penderaan.

“Jika anda rasakan anak anda merupakan mangsa penderaan SBS, bawa kepada doktor untuk rawatan dan laporkan kepada polis untuk tindakan undang-undang,” maklum Public Health Malaysia.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat pembaca Gempak.

Kredit foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live