Peserta Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee meluahkan rasa kesal apabila asal-usul keluarganya pula diejek netizen.

Menerusi entri di Instagramnya semalam, pelakon dan model tinggi lampai itu turut menyatakan pendiriannya sebagai peserta yang layak bertanding dalam Dewi Remaja kali ini.

"Stop making my mother cry, stop being racist, stop judging.

"I am Haneesya Hanee Malaysian Malay girl! I am dark and I layak masuk Dewi Remaja," tulisnya berserta tanda pagar #DarkIsSexy, #ItsTimeForDarkToShine dan #ILookLikeMixAndItsABlessing.

STOP MAKING MY MOTHER CRY.. STOP BEING RACIST.. STOP JUDGING.. I AM HANEESYA HANEE MALAYSIAN MALAY GIRL!! I AM DARK AND I LAYAK MASUK DEWI REMAJA #DarkIsSexy #ItsTimeForDarkToShine #ILookLikeMixAndItsABlessing #rotikaya

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on


Hanee turut memuat naik paparan skrin komen netizen daripada sebuah portal tempatan yang mengutuk warna kulit dan keluarganya.

"Kira okaylah daripada dia berkenan dengan lelaki pendatang haram Nigeri. Dapat anak hitam legam macam Nigeria pasti masuk Dewi Remaja, lepas tu caption merata #hitamitumenawan," tulis pengguna terbabit.

Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan antara peserta Dewi Remaja 2018/2019 yang paling menonjol.

Berdarah kacukan Melayu-Arab, Haneesya yang mempunyai masalah disleksia sejak kecil sering diejek kerana warna kulitnya.

Jangan lepaskan peluang menonton Dewi Remaja 2018/2019 setiap hari Ahad pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).