Pakar Perunding Perubatan, Dr Rafidah Abdullah tampil bersuara selepas melihat peningkatan kes Covid-19 dengan kewujudan varian baharu yang makin membimbangkan.
Menurut Dr Rafidah, strategi pemberian vaksin perlu ditukar dengan mendahulukan individu yang sudah mendaftar serta pesakit kronik.
Katanya, kita sudah kesempitan masa untuk menunggu keputusan sidang mesyuarat yang belum menemui jalan penyelesaian.
"Mungkin strategi pemberian vaksin perlu ditukar. Kita sudah tidak ada masa. Cukup lah mesyuarat, mesyuarat tiada berkeputusan.
"Cadangan saya beri pada yang hendak buat masa ini. Ramai dah orang daftar. Mereka masih tertunggu-tunggu. Opt-in, daftar pun ada baiknya.
"Tapi berilah temujanji kepada mereka yang dah daftar lama. Ini memang golongan yang betul-betul mahu, tunaikan. Yang tidak mahu, ketepikan.
"Yang telah diberi temujanji vaksin, dilaporkan ramai tidak pergi. Sebab? Waallahualam. Mungkin sebab Mak Teh, mungkin sebab bunga cengkih atau anak-anak tidak bagi atau tidak ada orang bawa. Kita husnuzon. Tidak mengapa, kita cari penyelesaian.
"Pesakit kronik diberi keutamaan, tapi sampai hari ini soalan sama ditanya oleh anak-anak mereka di media sosial. Kenapalah macam itu.
"Dah berbuih mulut menyatakan, pesakit kronik sangat-sangat perlu. Di dalam interpretasi saya, wajib. Tidak perlulah tanya lagi. Cepat-cepat daftar. Mereka ini kalau dijangkiti Covid-19, risiko maut tinggi. Jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak atau ahli keluarga," tulisnya di laman Twitter.
Dalam pada itu, Dr Rafidah memohon kepada pihak yang mempunyai jawatan untuk sama-sama bergabung tenaga bagi memujuk semua orang supaya mengambil suntikan vaksin.
"Saya tahu ramai masyarakat Malaysia terpengaruh dengan jiran sebelah rumah dan pelbagai mesej WhatsApp berkeliaran.
"Mana wakil rakyat? Mana ketua kampung? Kerajaan negeri? Ajak lah mereka bersama-sama vaksin. Turunlah padang. Ini kerja anda. Buatlah. Takkanlah ini kerja KKM juga.
"Ini tidak. Asyik kritik mengkritik satu sama lain. Apa faedahnya? Cepatkanlah program vaksinasi ni. Lembab sangat. Bring in anything, everything.
"Apa jenis vaksin pun. Cepat sikit. Bagi saja lah syarikat swasta bawak masuk vaksin. Tak kira lah siapa," tulisnya lagi.
Zulaikha Yusof
Tue May 25 2021


Idris Khan Terkejut, Dakwa Difitnah - “Ada Pihak Guna Kedudukan & Kuasa Dengan Peras Ugut”
Akhirnya Idris Khan tampil bersuara!

“Anak-Anak Dah Makin Membesar…”- Datuk K Minta Siti Nurhaliza Ada Masa Untuk Anak
Siti Nurhaliza patuh pada kehendak Datuk K

Lancang Bethol | Syamsul Yusof - "Habis cerita mak bapak aku keluar, i have no time for this bull***
Pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof tampil bersuara, katanya bukan melarikan diri dari masalah, tapi sedang memperbaiki kemelut rumahtangga bersama isterinya, Puteri Sarah. Jom layan video penuh sekarang! #LancangBethol

“Kenapa Hati Busuk? Aku Tak Kacau Hidup Kau”- Normah Damanhuri Terkilan Anak Buat Baik Pun Dikecam
Kadang kita tak kacau orang tapi orang yang kacau kita.

Honey Lee Dapat Baby Girl, Selamat Bersalin Anak Sulung
Tahniah Honey Lee

Netizen Puji Syahmi Sazli Ambil Pelakon Istimewa Berlakon Filem 35mm - “Semoga Maju Jaya Syahmi”
Setuju!

Britney Spears Kongsi Kehidupan Lepas Kahwin, Belum Pergi Berbulan Madu
Suka tengok Britney dengan suami dia, comel je.

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP6
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu peserta paling banyak masuk audition! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Aedy Ashraf Buat Laporan Polis, Ada Individu Menyamar Dirinya Untuk Perdaya Wanita
Nasib baik Aedy pantas buat report!

“Ada Pregnant Tag, Perut Besar Pun Buat Tak Nampak” - Ibu Hamil Kecewa Kena Berdiri, Pengguna LRT Selamba Duduk Priority Seat
Berilah pada yang memerlukan.