Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Straw Dimasak Jadi Hidangan Pasta, Video Tular Ini Mengundang Pelbagai Reaksi Netizen - “Aku Murung”

Azwa Rahman
17/11/2021 07:57 MYT
Apa menu makanan yang paling pelik anda pernah cuba? Mesti ini pertama kali anda mendengar penyedut minuman atau straw yang dimasak bersama aiskrim vanilla menjadi hidangan pasta.

Jenama kopi popular The Coffee Bean & Tea Leaf telah mengeluarkan straw yang boleh dimakan.

Bagi membuktikan perkara tersebut, seorang pengguna TikTok, Peng Han telah mencuba resipi pasta dengan memasak straw tersebut bersama dengan aiskrim vanilla McDonald.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang dua minit itu, straw tersebut direbus sehingga lembut.

Sementaea itu, daging dimasak dan dicampur dengan krim sehingga menjadi sos carbonara. Kemudian aiskrim vanilla diletakkan di dalam masakan tersebut sehingga kuah menjadi pekat.

Kuah carbonara yang telah siap dituang di atas straw yang sudah lembut dan ia sedia di makan.
undefined
Menjengah ke ruangan komen, video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya merasa pelik dengan hidangan tersebut.

@Khairulaming :aku murung”

@heeGha:Polis tengok dia ni amik straw banyak pastu masak eskrem”

@Jiyssif coffee bean saw this so their straw will be RM1 each after this

@CEO of Asmr Mukbang:Dengar cerita coffee bean dah sorok straw! Disebabkan video ni viral diorang dah tahu”

@Miss Yaya:Tak tau kenapa.. tapi aku jadi kembang tekak nengok”

@Alex GkkSomeone please tag Gordon Ramsay

@lim neul chanActually from the ingridients of the ice cream and the straw is the same. Maybe don’t add milk, cause the ice cream will be the milk tho

@fannabrahman:Memang laaaa boleh makan straw tapi motip pegi masak jadi pasta?!?!? amagad apa masalah hidup ni”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 970,000 tontonan daripada warga TikTok.


***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!




#Hidangan pasta #Masak straw #Straw Coffee Bean