Streamer Junior Wanita Serang Senior Guna Garfu Masa Bersiaran Langsung
Maliah Surip
06/06/2023 14:55 MYT
06/06/2023 14:55 MYT
Seorang streamer atau penstrim yang dikenali sebagai BJ Nyam-Nyam-Jjang-Jjang mengejutkan pengguna media sosial apabila menyerang penstrim wanita lain, BJ Gam Seong Yeoul di kawasan Bucheon Station di Gyeonggi, Korea Selatan.
Insiden serangan tersebut dilakukan sewaktu Seong Yeoul yang dipanggil kakak sedang bersiaran langsung.
Seong Yeoul telah diserang dengan garfu sehingga mengalami kecederaan pada bahagian muka. Penstrim itu juga dilihat jatuh selepas bergelut kerana cuba menyelamatkan diri.
Selepas ditahan, Jjang-Jjang memberitahu pihak berkuasa dirinya sudah lama dibuli dan sangat tertekan selepas sering didera secara mental serta fizikal oleh Seong Yeoul dalam kalangan komuniti penstrim.
“Dia selalu menengking dan memaki saya di belakang kamera. Dia juga menarik rambut saya tapi saya hanya mendiamkan diri,” dakwa wanita tersebut.
Seong Yeoul bagaimanapun menafikan telah bersikap tidak baik atau mengasari teman penstrimnya itu.
Mereka diketahui memang saling melakukan konten berkaitan makanan bersama seorang lagi penstrim.
Berikutan insiden tersebut, Jjang-Jjang telah dikenakan tindakan kerana menyerang tetapi tidak ditahan.