Laman Utama
Stress Kerja, Wanita Ini Menangis Histeria & Hantuk Kepala Di Tiang Di Jalan Raya
Di manapun belahan dunia, tidak ada pekerjaan yang semuanya berjalan lancar. Pada satu satu masa, pasti akan terjadi tekanan sehingga menimbulkan stress terhadap pekerja.
Baru baru ini di sebatang jalan raya yang sangat sibuk di Tokyo, Jepun, seorang wanita yang dipercayai mengalami stress melampau akibat kerja dirakamkan sedang melepaskan perasaannya.
Dalam rakaman amatur, wanita berbaju putih tersebut kedengaran menjerit dengan sangat kuat selain menangis histeria.
Tidak hanya itu, meski ramai yang berada di sekelilingnya, wanita itu langsung tidak peduli.
Sambil menangis, dia memukul dirinya sendiri dengan beg tangan. Dia kemudian dilihat menghentakkan badan dan kepalanya ke tiang lampu yang berada di sebelahnya.
Walaupun keadaan wanita tersebut terlihat tidak terkawal, namun tidak ada seorang pun orang ramai yang menggunakan jalan sama menghulurkan bantuan.
Hal ini kerana, melepaskan geram, kemarahan dan menangis di jalanan kerana stress bekerja seperti sudah menjadi ‘budaya’ buat para pekerja yang banyak mendedikasikan diri dan setia terhadap majikan mereka.
Must-Watch Video