Bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum telah berkongsi beberapa tips penjagaan mental sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Dr Che Hafiz berkata pergerakan terbatas sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada perasaan dan emosi seseorang seperti berasa sedih dan tertekan.

Katanya lagi keadaan akan menjadi lebih serius jika seseorang itu gagal mengawalnya dan itu boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan mental pada waktu sukar ini dan beberapa tips ini boleh dilakukan untuk memastikan perasaan dan emosi berada dalam keadaan baik.
  1. Dapatkan maklumat sahih – Adalah penting untuk mendapatkan maklumat sahih daripada sumber yang tepat kerana maklumat palsu boleh mencetuskan panik dan kerisauan.
  2. Eratkan hubungan dengan keluarga dan rakan – Gunakan teknologi sebaik mungkin. Whatsapp, Facetime dan lain-lain untuk terus berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.
  3. Makan makanan seimbang – Pengambilan makanan seimbang adalah penting untuk mendapatkan kesihatan tubuh badan kerana ia sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kesihatan mental jika gizi yang diperlukan badan diambil secukupnya.
  4. Tidur berkualiti – Ambil masa untuk tidur sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari. Gunakan peluang ini untuk rehatkan minda kita
  5. Kerap bersenam – Pilih senaman yang sesuai ketika duduk di rumah dan terus menjalani gaya hidup sihat
  6. Sentiasa berfikiran positif – Elakkan membaca dan mendengar perkara-perkara negatif yang boleh menjejaskan emosi
  7. Isikan masa dengan hobi dan beribadah – Isi masa lapang di rumah dengan melakukan aktiviti kegemaran seperti memasak, melukis, membaca, bermain permainan video atau apa-apa aktiviti menyeronokkan. Kepada yang beragama Islam, inilah masa yang sesuai untuk audit diri dengan melakukan ibadah.
Dr Che Hafiz berharap agar perkongsian diberikan dapat memberi manfaat kepada semua dan mendoakan agar semua dapat kembali ke pejabat dengan mental yang lebih sihat selepas tamat PKP pada 14 April ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya terus patuh PKP supaya rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan.

Sumber: mStar Online