Pelanggan Astro boleh sewa dan strim filem aksi-pontianak Marvel, Morbius, ditayangkan bermula 19 Mei 2022 di Astro Best (Saluran 481), On Demand dan Astro GO.
Berdasarkan watak komik Marvel dengan nama yang sama, filem Morbius diarahkan oleh Daniel Espinosa dan menampilkan pemenang anugerah Oscars®, Jared Leto sebagai Michael Morbius, pengarah dan pelakon terkenal Matt Smith sebagai Milo.
Malah, turut ditampilkan pelakon wanita berbakat Adria Arjona sebagai Martine Bancroft, pelakon dari filem terbaharu ‘F9’, Tyrese Gibson sebagai Detektif Stroud, pelawak dan pelakon dari filem The Way Back, Al Madrigal sebagai Detektif Rodriguez dan ramai lagi.
Morbius, diadaptasi daripada watak komik pontianak yang hidup di alam Marvel Universe, mendedahkan satu watak paling menarik apabila Jared Leto berubah menjadi antiwira misteri iaitu Michael Morbius.
Dijangkiti penyakit berbahaya yang menyebabkan gangguan darah yang jarang, Mobius bertekad untuk menyelamatkan orang lain yang turut mengalami nasib yang sama, dan percubaannya menemukan jalan buntu. Pada mulanya apa yang dilihat sebagai kejayaan radikal, kemudian didedahkan menjadi lebih bahaya daripada penyakit itu.
Menariknya, pelanggan Astro berpeluang memenangi sebuah TV Sony 50 inci 4K Ultra HD dan hadiah eksklusif Morbius dengan langkah-langkah di bawah:
- Sewa dan strim Morbius di Astro Best (Saluran 481), On Demand Store dan Astro GO dari 19 Mei hingga 1 Jun 2022.
- Layari promotions.astro.com.my dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Di pautan peraduan, jawab 2 soalan dan lengkapkan 1 slogan dengan tidak melebihi dari 15 perkataan: “Morbius adalah antiwira terbaik di alam Marvel Universe kerana …”
- Satu (1) pemenang akan membawa pulang sebuah TV Sony 50 inci 4K Ultra HD, manakala sepuluh (10) pemenang hadiah saguhati akan membawa pulang set premium filem Morbius termasuk sepasang Cermin Mata Gelap Morbius, Beg Bertali Morbius, Buku Nota Magnetik Morbius dengan Pen dan Botol Air Berubah Warna Morbius.
Sewa Morbius semasa tempoh ‘Akses Awal’ pada RM35 dan strim tanpa had selama 48 jam. Untuk maklumat lanjut, layari promotions.astro.com.my
Amri Hassan
Thu May 19 2022

.jpg?ext=.jpg)
"Saya Datin Seri, Saya Tak Bermadu" - Noniswara
Ada individu digelar 'budak jongos' kerap mengganggu Noniswara.

Iqbal Kongsi Amalan Kekal Berjaya, Dedah Baca Surah Al-Fatihah Saat Menangis Minta Simpati Daripada Allah
Ini tips kejayaan Iqbal
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Pernah Dapat Gambar K**ek Pagi-Pagi" - Tiz Zaqyah
Takutnya dengar cerita Tiz Zaqyah

Rakan Dah Minta Saman Dari Awal, Tapi Puteri Sarah: “Siapa Nak bayar? Perempuan Tu Tak Kerja, Bapak Dia Ada Sakit”
Ini kisah rakan Puteri Sarah

Pawagam Larang Gentleminions Masuk Wayang Tengok Minions
Prekuel filem Minions: The Rise of Gru sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

"Mesti Teringat Zaman Suami Isteri"- Suruh Move On, Netizen Minta Abby Abadi Tak Selalu Jumpa Norman
"Cerai pun sebab dicurangi"- Netizen

Telefilem & Dokumenari Menarik Untuk Anda Saksikan Di Astro Oasis Sepanjang Hari Raya Aidiladha Tahun Ini
Rancangan menarik Hari Raya Aidiladha

Alan Walker Turun Sarawak Sempena Borneo Music Festival Live 2022!
Alan Walker popular dengan lagu Faded!

Penggambaran 35mm Pernah Dihentikan Sebanyak Dua Kali Sebab…
Cabaran membawa hasil yang baik

"Lepas Ada Anak, Saya Fikir Pendidikan Agama Islam Untuk Masa Depan" - PU Riz Perkenal Islah Junior
Ada apa dengan Islah Junior?