Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Strong Girl, Get Well Soon Baby” – Anak Nabil Masuk Hospital

Mya Amri
16/12/2019 08:48 MYT
Puteri sulung pelakon dan pengacara Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Nabil Ahmad, Naira Mikayla dimasukkan ke hospital.

Berita itu dikongsi Nabil menerusi posting terbaru diakaun Instagramnya hari ini.

Video tersebut merakamkan wajak Mikayla yang comel sedang terbaring di atas katil hospital sambil tersenyum dan membuat gaya ‘mini love’.

“Strong girl. Get well soon baby,” tulisnya ringkas.

Strong girl. GWS baby ?

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan anak sulungnya itu cepat sembuh.

“Get well soon Mika sayang...” tulis @syafinazulkifli

“Kenapa ni Mika? Moga lekas sembuh ya Mika…” komen @azreennnnnnnn_

“Syafakillah to Mika… Semoga cepat sembuh... Amin,” doa @azlina_linn_

Terdahulu, Nabil dan isterinya, Zira Ayub mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Naira Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.
#Nabil Ahmad #Naira Mikayla
;