Gaya Hidup
Stylish & Hangat – Ini Senarai Lengkap Pemenang Anugerah Stail EH! 2019
Majalah gaya hidup terkemuka, EH! meraikan ulang tahun ke-20 dengan penganjuran Anugerah Stail EH! 2019 malam tadi.
Bertempat di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur, sebanyak 20 anugerah dipertandingkan untuk memberi penghargaan kepada selebriti-selebriti Malaysia yang mencipta nama dalam bidang kecantikan, fesyen dan hiburan.
Bertemakan Alter Ego, malam penuh hangat itu dihadiri selebriti terkemuka seperti Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Ayda Jebat, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Sherry Alhadad, Nabila Razali dan ramai lagi.
Dianjurkan bersama oleh Lancome Paris, ini senarai lengkap pemenang Anugerah Stail EH! 2019.
- Influncer Kecantikan Pilihan – Aisha Liyana
- Penata Gaya Selebriti Pilihan – Tym Fatimah
- Pasangan Selebriti Pilihan – Fattah Amin & Nur Fazura
- Pendandan Rambut Selebriti Pilihan – Ckay Liow
- Video Muzik Paling Stylish – Ayda Jebat (Temberang)
- Pereka Fesyen Selebriti – Datuk Rizalman Ibrahim
- Selebriti Pilihan Kulit Majalah – Neelofa
- Selebriti Harapan Pilihan – Khai Bahar
- Pereka Fesyen Baru Pilihan – Ridzuan Alias
- Model Pilihan – Malek Mccrone
- Selebriti Kulit Cantik – Zahirah Macwilson
- Selebriti True Colour – Sherry Alhadad
- Influencer Fesyen Pilihan – Yaya Zahir
- Selebriti Lelaki Paling Bergaya – Syafiq Kyle
- Selebriti Wanita Seksi – Zizi Kirana
- Selebriti Pencapaian Terbaik – Hael Husaini
- Jurusolek Selebriti Pilihan – Khir Khalid
- Selebriti Wanita Paling Bergaya – Scha Alyahya
- Selebriti Lelaki Seksi – Remy Ishak
- Personaliti Pilihan – Sherry Alhadad
- Anugerah Stail EH! – Scha Alyahya
Foto: Instagram Neelofa & abushaefhamza