Hiburan

Suami Baca Taklim Sebelum Tidur, Rutin Rumah Tangga Sakinah Mawaddah Warahmah Dahlia Rizal

gempak
Amri Hassan
04/07/2024
14:50 MYT
Sponsor Banner
Suami Baca Taklim Sebelum Tidur, Rutin Rumah Tangga Sakinah Mawaddah Warahmah Dahlia Rizal
Pempengaruh media sosial Dahlia Rizal menjadikan alaman membaca taklim bersama suami sebagai rutin sebelum tidur.
Kongsi Dahlia menerusi hantaran di media sosial, suaminya, Imran Aqil akan membaca taklim sebelum tidur sejak mereka mendirikan rumah tangga.
Dalam satu hantaran, Dahlia berkongsi topik bersama suaminya tentang kebaikan dan manfaat solat sunat.
"Rutin malam kami hampir setiap hari sejak kami berkahwin: taklim sebelum tidur.
"Topik taklim malam ini adalah kepentingan dan kebaikan solat sunat," tulisnya.

BERITA TRENDING: Takut Dosa, Dahlia Rizal Cuba Dulu Produk Sebelum Terima Jadi Duta - "Menipu Tak Bagus"

BERITA TRENDING: Bukan Duta Produk Pro-Israel, Dahlia Rizal Mohon Maaf - “Saya Hanya Model..”

Perkongsian itu mendapat pujian daripada warganet, rata-ratanya 'cemburu' dan tumpang gembira dengan amalan dan suami soleh Dahlia.
"Wanita bila dengan lelaki yang tepat.
"Masha Allah moga istiqamah hidup 5 amal rumah. Rumah yang hidup 5 amal penuh sakinah mawadah warahmah, hidup sunnah nabi SAW. Moga Allah pilih imran & dahlia keluar khuruj masturat.
"Laki dia tazkirah lembut je.
"Bestnyer dapat taklim kat rumah. Dulu time kat kolej selalu join group taklim kat rumah ukhti2. rindu nak join taklim. Semoga dapat jodoh yang macam ni insyaallah aamiin.
"Saya awal-awal ginilah baca yasin sama-sama semua, dah ada anak ni kelam kelibut sikit haha mana anak nak ajak main lagi. Siang dah keje. Harap adalah masanye balik," tulis beberapa warganet.
@indomie.d
Our night routine almost everyday since we got married: taklim right before tidur??
♬ original sound - ???? /صيام
Untuk rekod, Dahlia dan Imran mendirikan rumah tangga pada 10 September tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024