Suami Bagi Hint Suruh 'Jaga' Diri, Abby Abadi Nak Turunkan 22 KG

ZULHILMI JALIL
Jun 11, 2020 06:21 MYT
Pelakon Abby Abadi mendedahkan dirinya kini dalam proses untuk menurunkan berat badannya kepada 60 kilogram (kg).
Menurut Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 43, dia perlu menurunkan sebanyak 22 kilogram bagi mendapatkan berat yang diimpikan.
"Mama anak enam yang membengkak dengan jayanya dalam tempoh PKP sebelum ini. Badan memang senang naik, geram jer.
"Semalam, saya dah mula bekerjsama dengan satu produk ini. Tak buleh kongsi dulu, rahsia. Perjanjian antara kami kalau dah berjaya baru kongsi.
"Doakan saya berjaya tau untuk kembali ke 60 kg. Kena buang 22 kg ni. Kalau berjaya, saya akan minta jadi duta untuk produk tu, boleh camtu? hahaha.. Doakan tau! Teruk betul naik kali ni. Malu rasa nak jumpa orang," ceritanya dalam satu entri di Instagram.
Bahkan, menurut Abby lagi, suaminya juga seolah-olah sudah memberi hint kepadanya untuk menjaga bentuk badannya.
"Suami kita @jaiezzany pun dah hint-hint suruh kita jaga diri. Siap belikan hadiah lagi untuk kuat semangat heehe..
"Terima Kasih sayang. Doakan saya tau! Kalau tak berjaya saya tutup IG ni," luahnya.
Perkongsian Abby itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata memberi sokongan kepada Abby untuk mencapai apa yang diimpikannya itu.
Bahkan, bekas suaminya, Norman Hakim turut memberikan sokongan dengan apa yang cuba dilakukan Abby itu.
"Ya, betul apa Jai cakap tu. Sekarang nilah kena jaga. Sayangi diri, hiasi peribadi.
"Kalau tak salah perkiraan saya (60 + 22) kita dah sama dalam kategori ‘light heavyweight’ kot? Kalau lawan arm wrestling mesti seri," selorohnya di ruangan komen.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Abby Abadi #Suami #Berat Badan