Laman Utama

Suami Bakar Isteri Berusia 16 Tahun Gara-Gara Cemburu, Siap Syak Ada Hubungan Sulit

gempak
Maliah Surip
07/10/2023
09:50 MYT
Sponsor Banner
Suami Bakar Isteri Berusia 16 Tahun Gara-Gara Cemburu, Siap Syak Ada Hubungan Sulit
Hanya kerana mengesyaki isteri menjalin hubungan sulit atau berlaku curang di belakangnya, seorang suami bertindak di luar kawalan dengan membakar wanita itu.
Lebih teruk, sang suami membakar isterinya dengan mencucuh api rokok ke badan wanita yang terlebih dahulu disimbah minyak.
Lelaki yang dikenali dengan pengenalan B baru berusia 17 tahun manakala isterinya, AD, 16 tahun.
B didakwa telah membakar A selepas mereka bertengkar di rumah sahabat wanita itu di Kelurahan Sei Bilah, Kecamatan Sei Lepan, Kabupaten Langkat, Sumatera Utara, Indonesia.
“Tertuduh cemburu kerana berasa isterinya menjalin asmara dengan lelaki lain,” ujar wakil pihak penguasa tempatan, AKP Yudianto seperti dilaporkan Kompas.
Menurut Yudianto lagi, tertuduh telah pergi bertemu isterinya yang keluar dari rumah dan menumpang kediaman rakan selepas mereka bertengkar.
Mereka telah bergaduh mulut sebelum A masuk ke dalam rumah dan B meminta anak rakan isterinya membeli minyak.
B kemudian masuk ke rumah, menyimbah minyak ke arah A sebelum membaling rokok dan menyebabkan api menjilat tubuh wanita tersebut.
A yang terkejut berlari ke bilik air untuk memadamkan api sebelum diselamatkan orang kampung.
Namun sebahagian wajah, dada, leher, tangan, telinga kanan dan kiri, hingga paha sebelah kiri wanita itu sempat terbakar.
Kini polis masih memburu B yang melarikan diri selepas kejadian berlaku.
BACA: Abang Bakar Rumah Sebab Adik Tak Nak Bagi…​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024