Pelakon Ramona Zamzam tampil bersuara selepas dikecam gara-gara berkongsi foto menghisap shisha di Instagram (IG)nya.

Menurut laporan Kosmo, Ramona atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira Mohd. Zamzam menyatakan itu adalah rutin kehidupannya selepas berkahwin dengan lelaki berwarga Palestin.

“Saya berkahwin dengan lelaki warga Palestin. Menghisap shisha menjadi rutin kehidupan kami.

“Emak mertua juga sediakan shisha selepas bernikah. Bahkan kakak ipar akan datang ke rumah saya untuk menghisap shisha sekiranya suaminya keluar bekerja,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem KL Special Force tersebut menegaskan dia tidak me­minta orang lain untuk sama menyukai aktiviti itu kerana ia sekadar perkongsian.

BACA: Kasihannya, Kaki Ramona Zamzam Calar-Balar Kena Batu Karang Ketika Bercuti

Sebelum ini, Ramona ada berkongsi foto bersantai di tepi pantai ketika bercuti di sebuah pulau di Johor pada minggu lepas.

Sabar laaaaahhh, last shisha kat tepi pantai... Nak balik KL dah la niiiiii ?? @pridestour @ripcurlmy #ripcurlmy #shisha #shishabythebeach

A post shared by Ramona Zamzam (@ramonazamzam) on


Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata pertama, Ivanna Alashkar pada 7 Disember 2017.

Dalam perkembangan lain, Ramona juga merupakan salah seorang juri di program terbaharu Astro Warna, The Masked Singer Malaysia.

Ramona bersama Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Ella, Zizan Razak, Remy Ishak, Nabila Huda dan Angah Raja Lawak diberi penghormatan untuk duduk di kerusi juri tetap.

Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.





Sumber: Kosmo