Berita
Suami Berhati Iblis! – Netizen Kecam Tindakan Lelaki Pukul Kepala Anak & Isteri Dengan Tukul Besi
Seorang lelaki bertindak memukul kepala dua anak dan isterinya dengan menggunakan tukul besi kerana marah dikejutkan dari tidur.
Lelaki itu kemudiannya mengamuk sehingga merosakkan harta benda jirannya.
Menurut laporan media, kejadian itu berlaku di sebuah kawasan perumahan awam di Kampung Kalodran, daerah Walantaka di Kota Serang baru-baru ini.
Kejadan berlaku apabila lelaki yang dikenali sebagai Stanley itu berang dengan tindakan anaknya yang mengejutkan dirinya dan terus mencapai tukul besi untuk memukul dua anaknya Marcel, 8, dan April, 5, sebelum memukul kepala isterinya Diah, 35 tahun.
Ketua Rukun Tetangga kawasan perumahan awam, Harahap berkata kejadian itu disedari oleh jiran-jirannya selepas mendengar jeritan meminta tolong daripada isteri lelaki terbabit.
Tambahnya lagi, lelaki berkenaan hanya kelaur dari rumahnya selepas dikerumuni jiran dan mengamuk sambil memecahkan beberapa kenderaan serta cermin tingkap beberapa rumah dengan menggunakan tukul tersebut.
"Penduduk kampung kemudiannya keluar beramai-ramai dan berjaya menangkap lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada pihak polis," katanya.
Lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini ditahan di balai polis Kota Serang manakala anak isterinya dimasukan ke hospital berdekatan kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Dalam pada itu, tindakan lelaki tersebut teruk menerima kecaman netizen yang marah sikap Stanley yang tidak melambangkan sebagai seorang suami dan bapa yang baik.
@sabiahhalib : Ya betul, lelaki kalau tidur bila kejut marah tu ada membela saka. Sebelum saka elok je.
@salmahsidek: Kenapa nak mengamuk? Dalam badan ada saka ke?! Perangai hodoh tak layak langsung jadi suami, ish!
@Aidawati Bt Mamat: Suami berhati iblis. Tergamak anak-anak pun dipukul.
@Yaakob Rohani: Ini bukan lelaki, ini jantan tak guna.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video