Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Suami Buat Replika Isteri Maut COVID 19: “Kami Hidup 39 Tahun Bersama”

Maliah Surip
07/01/2023 13:55 MYT
Seorang kakitangan kerajaan India yang sudah pencen, Tapas Sandilya, mempunyai cara tersendiri dalam mengabadikan kenangan bersama mendiang isterinya, Indrani.

Sandilya telah ‘menghidupkan’ semula isterinya yang meninggal dunia kerana COVID 19 pada Mei 2021 dengan membina replika Indrani. Ia dibina oleh seorang pengukir pada hujung tahun lalu.

Replika tersebut diperbuat dari tanah liat sebagai asas bersama 30 kilogram silikon, lengkap berbusana sari dan memakai aksesori. ‘Dia’ duduk bersilang tangan di atas buaian, yang merupakan tempat kegemarannya di dalam rumah mereka.

Menurut Sandilya, replika yang bernilai sekitar RM240 ribu (£2,500) itu dibina bukan hanya sebagai memori pernah hidup bersama selama 39 tahun, tetapi juga demi menunaikan hasrat wanita tersebut.

“Kami pernah pergi menziarah sebuah kuil di Mayapur lebih sedekad lalu dan tidak berhenti kagum dengan replika AC Bhaktivedanta Swami. Indrani sendiri yang mahu memiliki replikanya jika dia meninggal dunia,” kata Sandilya seperti dilaporkan The Times of India.

Indrani meninggal dunia pada usia 59 tahun di hospital seorang diri sewaktu India dilanda pandemik kedua. Pada waktu itu, Sandilya mendakwa dirinya dipaksa untuk melakukan pengasingan sehingga tidak dapat melihat isterinya buat kali terakhir.

Untuk rekod, sebanyak 44 juta penduduk India telah mati akibat jangkitan COVID 19.

#Viral #India #COVID-19 #Replika
;