Suami Dah Beri Izin...Tetapi Mila Jirin Masih Gementar!

Rozaimi Zubaidi
April 10, 2018 02:13 MYT
Penyanyi Mila Jirin gementar menantikan penerimaan orang ramai apabila mengambil keputusan untuk tampil semula setelah dua tahun berehat daripada industri hiburan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Mila bersyukur apabila suaminya memberi izin untuk mengeluarkan single baharu bertajuk Adam dan Hawa.
"Masih adakah yang akan meyokong saya didalam industri muzik ini? Detik hati saya, bila saya nak melangkah masuk ke studio rakaman setelah hampir dua tahun berehat.
"Perasaan takut dan risau semuanya ada kerana masih adakah yang akan memberi sokongan kepada saya kerana saya sangat rindu untuk kembali.
"Bila suami izinkan saya gembira sangat bercampur risau tetapi bila suami minta saya jadikan #NonProfitProject dimana sebarang pendapatan dari projek ini untuk manfaatkan kepada insan yang memerlukan, saya jadi bersemangat luar biasa untuk kembali.
"Masih rasa gementar apakah penerimaan orang diluar sana terhadap lagu baru ini nanti. Dimana saya sendiri inginkan kelainan daripada segi penyampaian lagu biar ada makna untuk membawa kita ke arah kebaikan dan moga ia tidak melalaikan kita," tulisnya.
Rata-rata peminat mengakui tidak sabar untuk menantikan single terbaharu daripada Mila kerana mereka telah lama menantikan kehadiran semula dia dalam industri hiburan.
#Penyanyi #Mila Jirin #Penyanyi