Pelakon Nazril Idrus yang juga suami kepada Sazzy Falak dinasihatkan supaya berehat selama dua bulan daripada sebarang aktiviti luar oleh doktor.

Nazril yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini kerana kecederaan teruk selepas terbabit kemalangan sudah dibenarkan keluar dari wad pada Jumaat lalu.

Menurut Sazzy, Nazril menjalani pembedahan di bahagian tulang selangkanya di HKL pada Selasa lalu.

“Alhamdulillah, pembedahan selama lima jam tersebut berjalan lancar dan suami sudah dibenarkan keluar dari wad pada Jumaat lalu.

“Doktor juga meminta suami tidak banyak bergerak dan berehat di rumah selama dua minggu hingga keadaan pulih sepenuhnya,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas aktiviti berbasikal pula, kata Sazzy, doktor menasihatkan suaminya berehat selama dua bulan daripada aktiviti luar.

Last Tuesday Hubby underwent surgery for his collarbone despite some complications with his fractured rib cage which caused a little of lung puncture. A kind of metal tube was inserted into the side of his left lung which helped drained the trapped air. I’m not even sure if I’m explaining this properly but I hope you guys get the gist ? . Because of the sudden decision to go ahead with the surgery, I couldn’t make it to the hospital in time. The surgery was supposedly postponed. By the time I got there he had already been wheeled to the OT. The whole wait was agony and I was trying my best not to worry the heck out. As silly as it is, all sorts of thoughts were running through my head. Paranoid wife much?! I kept walking back and forth to the nurse station to ask for updates . Alhamdulillah after like 5 hours of waiting, the nurses informed me that @nash_idrus was finally out of OT and was then in the recovery room, and that pretty soon they’ll be wheeling him down . Even then I couldn’t stop pacing in the room, excited to see him and feeling so bersyukur that everything went well. Hubby is now still recovering at the hospital and Insya Allah he’ll be discharged by either tomorrow or the day after. Yahoo!! Thank you to everyone for all your prayers ???

A post shared by Sazzy Falak (@sazzyfalak) on

“Memang suami akui trauma sedikit selepas kemalangan itu tetapi saya tidak dapat menghalang minatnya untuk meneruskan aktiviti terbabit.

“Kami memang sama-sama meminati aktiviti luar termasuk berbasikal tetapi suami akan lebih berhati-hati daripada aspek keselamatan selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu Sazzy mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama rakan rapat dan pengikut laman Instagram yang tidak putus mendoakan kesihatan suaminya sehingga sekarang.

Terdahulu tulang selangka sebelah kiri Nazril patah empat dengan tiga tulang rusuknya turut retak kerana kemalangan.

Sazzy atau pemilik nama sebenar, Sazlini Shamsul Falak berkahwin dengan pelakon dan pengacara yang kini bekerja sebagai perunding kewangan, Nazril Idrus, 45, pada 2006.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang anak kembar perempuan iaitu Lily Imaan dan Tiara Rose, 8.

Sumber: Harian Metro