Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Suami Diganggu Peminat Perempuan & Transgender, Tom Balas - “Lebih-Lebih Nanti Saya…”

Mya Amri
01/02/2024 05:55 MYT
Penyanyi, Tom mengetahui bahawa suaminya iaitu Fuad Rahman sering diganggu oleu peminat wanita.

Tidak hanya wanita, malah golongan transgender juga turut meninggalkan komen yang bukan bukan menerusi Direct Message (DM) di media sosial suaminya.

“Perempuan atau shemale berhentilah DM saya, taip macam macam, isteri saya baca lah. Dia mengandung.

“Nak minat boleh tapi jangan mesej yang tak sepatutnya. Tolong hormati keluarga baru saya,” maklum suaminya di Insta Story.

Tom bagaimanapun memberikan reaksi terhadap perkara itu.

“Tak apa lah b, lebih lebih nanti saya pula mesej laki dorang, apa ada hal,” balas Tom.\

BERITA TRENDING: “Finally Dapat Jugak Merasa…” - Tom Menangis Sebak, Salah Satu Impian Terbesar Tom Dimakbulkan Tuhan

Terdahulu, Fuad meluahkan rasa kurang senang terhdap tindakan segelintir peminat yang menghantar mesej bukan-bukan kepadanya menerusi platform media sosial.

BERITA TRENDING: Tom Pernah Kena Sorok Orang Bunian - "Kampung Tu Pasir Putih, Semua Perempuan..."

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Tom sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama sebelum ini.

#peminat #Transgender #Tom #Fuad Rahman #Diganggu Peminat
;