HIBURAN
Suami Ifa Raziah Tak Pernah Kedekut, Punca Rezeki Sentiasa Murah - “Saya Minta Nak Beg LV & Jam Rolex, Dia Belikan…”
Pelakon Datuk Ifa Raziah menitipkan pesanan buat para suami agar tidak bersikap kedekut dengan isteri sendiri.
Menerusi podcast Sembang Seram di TikTok, Ifa berpendapat rezeki suami juga bergantung kepada doa seorang isteri.
Namun bagi pelakon dan usahawan berusia 49 tahun ini, pembelanjaan itu perlulah mengikut kemampuan diri bukan membuat perbandingan dengan orang lain.
“Suami jangan kedekut dengan isteri. Rezeki yang awak (suami) dapat adalah disebabkan berkat doa isteri. Jika suami kedekut dan berkira dengan isteri, rezeki suami akan tertutup.
“Tetapi kena ikut kemampuan diri, jangan bandingkan dengan orang lain,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Ifa turut mendedahkan suaminya sentiasa memenuhi permintaannya dan tidak pernah bersikap kedekut.
“Suami saya tak kedekut dengan saya… saya minta nak beg LV, dia belikan. Nak jam rolex, dia belikan, saya teringin sebab tak pernah ada jam rolex.
“Dia belikan dekat Mekah masa kami pergi umrah sama-sama. Berkat pergi umrah,” kongsinya.
Malah menurut Ifa, berkat seorang suami juga penting buat isteri kerana ia antara perkara yang boleh membawa ketenangan dalam rumah tangga yang turut menjadi lebih harmoni.
“Kena ingat, kalau awak berjaya bukan sahaja disebabkan doa seorang ibu tetapi juga doa seorang isteri. Kalau dibelakang awak tiada ibu dan isteri sendiri mungkin awak tiada di sini.
“Sama macam saya, kalau dibelakang saya tiada suami dan ibu saya serta restu mereka saya tidak akan berada di tahap ini,” ujarnya.
@sembangseram Doa dan keberkatan itu sangat penting 🤍✨ #sembangseram #ifaraziah #safwannazri #podcast #seram ♬ original sound - sembangseram
Must-Watch Video