,
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

Khairil Khusyairi
11/09/2024
14:25 MYT

Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.

Dah Isi Borang Cerai

Menerusi perkongsian di platform X, seorang pengguna memuat naik tangkap layar yang memaparkan pendedahan seorang lelaki berhubung rumah tangganya.

Dedah lelaki tersebut, dia dan isteri baru sahaja mengisi borang permohonan cerai.

Namun pada akhirnya, memilih untuk tidak bercerai selepas radio ERA memainkan lagu yang mengimbau kenangannya dan isteri.

Tak Jadi Cerai

Sehubungan dengan itu, lelaki tersebut berterima kasih kepada ERA kerana memutarkan lagu-lagu tersebut sehingga mereka berbaik semula.

“I just wanna say, thank you radio Era malam tadi, pukul 8.30 hingga jam 9 lebih macam tu, aku dalam perjalanan hantar isteri aku ke kampung sebab kami baru lepas isi borang cerai.

“Kemudian radio Era malam tadi lagu-lagu kenangan kami.

“Now kami dah berbaik, tak jadi cerai,” tulisnya dalam pendedahan tersebut.

Oleh itu, ERA turut meluahkan rasa syukur dengan kisah lelaki tersebut.

“Alhamdulillah!! Happy bila pendengar dapat satu kesan yang baik bila dengar radio ERA

“Semoga yang baik baik je untuk awak dan pasangan,” tulis ERA di Instagram.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kita Tak Mahu Rakan-Rakan Bercerai” - Pekin Tak Kisah Dikecam, Posting Di Facebook Usaha Bantu Fattah & Fazura Baiki Hubungan

gempak
15/10/2024
00:04 MYT
Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim tidak kisah dikecam kerana mempertahankan aktor, Fattah Amin yang sebelum ini didakwa pernah berlaku curang terhadap bekas isterinya, Nur Fazura.
Hiburan

"Ramai Yang Tak Sedar Kekurangan Diri, Akhirnya ..." - Luqman Podolski

gempak
14/10/2024
18:32 MYT
Tidak sedar dengan kemampuan diri dan menganggap segala-galanya akan beres merupakan antara sifat yang sering membelenggu segelintir daripada ahli masyarakat.
Hiburan

Lemah Lagu Pertama Dayang Nurfaizah Dari Album Janji - "Lagu Ini Banyak Makna Bagi Saya"

gempak
14/10/2024
15:30 MYT
Penyanyi, Dayang Nurfaizah teruja untuk memperkenalkan single pertama berjudul Lemah daripada album studio ke-11nya yang bertajuk JANJI.
Hiburan

Tiada Halangan Untuk Berjumpa, Ada Sebab Fatin Afeefa Bimbang Nak Lepaskan Anak Perempuan Bermalam Dengan Adam Shahz - “Sebagai Ibu, Sudah Tentulah Saya…”

gempak
14/10/2024
06:10 MYT
Pelakon Fatin Afeefa berasa bimbang untuk melepaskan anak perempuannya bermalam dengan Adam Shahz, disebabkan kediaman bekas suaminya itu merupakan sebuah pejabat yang juga menguruskan rumah kebajikan.
Viral

Jofliam Tegur Cik Epal, Minta Jaga Maruah Ketika Tempoh Iddah - "Sejak Cerai, Tinggalkan Anak, Tak Tahu Pergi Mana"

gempak
14/10/2024
04:30 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam tampil menegur tindakan bekas isterinya, Cik Epal agar menghormati tempoh iddah.
BorakSeeni