Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”
Khairil Khusyairi
11/09/2024 14:25 MYT
11/09/2024 14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Dah Isi Borang Cerai
Menerusi perkongsian di platform X, seorang pengguna memuat naik tangkap layar yang memaparkan pendedahan seorang lelaki berhubung rumah tangganya.
Dedah lelaki tersebut, dia dan isteri baru sahaja mengisi borang permohonan cerai.
Namun pada akhirnya, memilih untuk tidak bercerai selepas radio ERA memainkan lagu yang mengimbau kenangannya dan isteri.
Tak Jadi Cerai
Sehubungan dengan itu, lelaki tersebut berterima kasih kepada ERA kerana memutarkan lagu-lagu tersebut sehingga mereka berbaik semula.
“I just wanna say, thank you radio Era malam tadi, pukul 8.30 hingga jam 9 lebih macam tu, aku dalam perjalanan hantar isteri aku ke kampung sebab kami baru lepas isi borang cerai.
“Kemudian radio Era malam tadi lagu-lagu kenangan kami.
“Now kami dah berbaik, tak jadi cerai,” tulisnya dalam pendedahan tersebut.
Oleh itu, ERA turut meluahkan rasa syukur dengan kisah lelaki tersebut.
“Alhamdulillah!! Happy bila pendengar dapat satu kesan yang baik bila dengar radio ERA
“Semoga yang baik baik je untuk awak dan pasangan,” tulis ERA di Instagram.